Dr Tanaka Mustafa
1) Psywar banyak sangat pun lama-lama orang bosan. Dah la buat psywar rambang. Langkah Sheraton tu takda psywar apa-apa pun, tetiba jadi. Puncanya adalah pada ‘notch’ besar dalam kerajaan PH, bukan sebab psywar lawan. Dalam ilmu kejuruteraan bahan, notch adalah benda yang mesti dielakkan pada bahan untuk kuat menjadi bahan struktur.
2) Nak tumbangkan kerajaan serapuh PN pun kena lah cari ‘notch’ dulu. Notch inilah yang seterusnya akan menyebabkan pemusatan stress (stress-concentration) yang akan memulakan keretakan menular (crack-propagation) dan akhirnya akan berlaku kegagalan (failure).
3) Notch dalam PH adalah Team Azmin dan krisis dalaman PKR. Crack propagation yang berlaku dah parah. Tunggu masa sahaja untuk gagal. Tak perlu ada psywar daripada lawan, sebab pihak lawan pun tahu dah, barang dah nak patah.
4) Dalam kerajaan PN, notch ada banyak. Hubungan GPS- PAS ada notch kecil. Hubungan UMNO-PPBM ada notch besar. Hubungan MCA-PAS ada notch juga. Hubungan PAS dan UMNO boleh lah cuba create notch. Dengan adanya notch-notch ini, psywar boleh dihalakan kepada notch-notch ini supaya berlaku crack-propagation. Bukan buat psywar rambang. Aim kepada notch yang nampak boleh makan.
5) Kalau boleh pecahkan UMNO-PPBM, ia adalah sebuah kejayaan besar untuk memusnahkan kerajaan PN. Nak create notch antara PAS-UMNO, boleh. Tapi saya fikir, PAS-UMNO ada solution untuk modify bentuk notch tersebut supaya tidak berlaku crack-propagation.
6 ) Psywar walau hebat setara mana pun, hanyalah boleh mengujakan penyokong sendiri. Dia punya seronok macam esok dah nak bertukar kerajaan. Sendiri bikin psywar, sendiri lalok berkhayal. Pihak lawan rileks saja. Ada laa dua tiga kerat pihak lawan yang termakan, tapi tidak menggugat apa-apa struktur. So, tukarlah strategi dulu. Ganbatte yoh, PH!
Sekian