Kredit: Ust Emran Ahmad
Kuasa apabila di tangan agamawan bukanlah jaminan rakyat akan mendapat manfaat.
Kerap berlaku dalam sejarah, agama ditunggang oleh agamawan untuk mendapatkan kekuasaan. Konon demi agama, tetapi yang untung bukanlah agama sebaliknya agamawan.
Daripada zaman Umaiyyah ke Abbasiyah sehinggalah kepada kejatuhan Turki Uthmaniyyah. Tidak sedikit para agamawan yang naik berkuasa tetapi menindas rakyat dan lawan politik mereka dengan kejam.
Pemimpin yang alim dan pandai agama juga bukanlah jaminan.
Khalifah Al-Makmun (wafat 218 H), pemerintah Abbasiyah ialah seorang yang menghafal Al-Qur’an. Beliau mahir dan hebat dalam fiqh, hadith dan bahasa Arab. Namun beliau jugalah yang menghukum ramai ulama Ahli Sunnah dan menyeksa Imam Ahmad kerana mereka menentang fahaman Muktazilah yang dianuti beliau.
Diriwayatkan dalam bulan Ramadhan, beliau pernah mengkhatamkan al-Qur’an sebanyak 33 kali.
(Rujuk: Al-Bidayah Wan Nihayah, Ibn Katsir)
Habis di tangan siapakah politik ini baru selamat?
Aljawab, politik hanya akan selamat apabila ianya berada di tangan orang yang tidak tamakkan dunia, zuhud terhadap godaannya dan bertaqwa kepada Allah walaupun sedikit ilmunya.
Di tangan orang seperti Umar bin Abd Aziz rahimahullah (wafat 110 H) contohnya, sekalipun ilmu beliau dikatakan tidaklah semegah Al-Makmun, namun taqwa dan zuhudnya telah menjadikan beliau dapat berlaku adil dan membawa kebaikan kepada rakyatnya.
Benarlah ucapan salaf;
حب الدنيا رأس كل خطيئة
`Mencintai dunia adalah pokok bagi segala kesalahan…