Kredit: She sal
Sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) atau SME ada lebih 700,000 perniagaan dan perusahaan.
Setakat 3 Mei 2020 Menteri Kewangan umumkan 6,840 PKS perolehi pinjaman PKS Perihatin berjumlah RM3 bilion.
Iaitu kurang dari 1% dari jumlah PKS.
Dalam Pakej Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek baru-baru ini, Kerajaan hendak tambah lagi dana pinjaman dan bantuan kepada PKS dan perniagaan sebanyak RM3 hingga RM5 bilion (total sum to be verified).
ISU² YANG BERBANGKIT :-
▪️Bagaimana nasib sebahagian besar iaitu 99% PKS yang tidak dapat atau tidak lulus permohonan awal dahulu?
▪️Ada yang diluluskan tetapi masih belum terima wang pinjaman hingga ke hari ini.
▪️Alasan lewat ialah kena tunggu pihak CGC (syarikat jaminan kredit) siapkan dokumen jaminan. Mereka tidak cukup kakitangan untuk proses.
▪️Alasan lain ialah pihak Bank masih menunggu dana pinjaman tersebut disalurkan oleh Kerajaan kepada mereka. (Kerajaan tak cukup duit kah?)
▪️Syarikat² yang besar dan lebih kukuh diutamakan kelulusan berbanding syarikat² kecil yang lebih memerlukan dana.
▪️Ada syarikat² diluluskan cuma 40-60% daripada jumlah yang dipohon, menyebabkan mereka tidak cukup cashflow untuk kekalkan pekerja dan operasi.
▪️Ada syarikat² yang terpaksa tolak tawaran pinjaman kerana diminta bayar deposit sehingga 40% untuk pinjaman tersebut.
SEWAJARNYA PIHAK KERAJAAN hendaklah pastikan dana pinjaman PKS yang dahulu dipermudah dan dibayar segera kepada pemohon² yang berjaya.
Kerana on the ground setiap hari semakin banyak syarikat² sedang tenat menanti rebah dan semakin ramai pekerja² dibuang.