ULASAN: Negara ini sudah kembali menuju kearah sebuah negara yg rosak ( a rotten state).
Rasuah kembali menjadi budaya dan mereka termasuk PM melakukannya(rasuah jawatan) tanpa segan silu.
Suasana sama semasa PM ke 6 , rasuah membudaya , selain 1MDB, tender dan kontrak runding terus dengan harga berganda Pemimpin dan famili bermewah tanpa rasa malu. Justeru saya letak jwtn dan keluar dr kerajaan itu serta merta pd tahun 2016.
Yang lebih membimbangkan, disebabkan pengkhianatan daripada pemimpin kerajaan reform sendiri, kita bakal mencipta sejarah dunia sebagai sebuah negara yg ditukar kerajaan kerana rasuah tetapi tidak seorang pun pemimpin rasuah dihukum dan dipenjara.
Ini sebab2 paling utama saya memutuskan untuk kembali berjuang melalui medan politik dan kembali ke PKR. Parti yg pernah saya bersama menjadi penajanya lebih 20 tahun lalu.
PKR tidak sempurna pemimpinnya juga tidak sempurna tetapi ianya adalah satu2nya parti berasaskan reform dan perubahan dan tetap kekal dgn asas itu puluhan tahun.
Dalam menghadapi negara yg semakin rosak ini, hanya parti berasaskan reform boleh menjadi wadah utk kita berjuang melawan perasuah2 tegar ini dengan berkesan.