Miqdad Zakaria
Bila kita cerita bab politik islam yang duduk dalam sistem demokrasi berparlimen.. Janganlah kita bayang politik islam zaman Nabi..
Zaman Nabi dulu cara nak ambil sesebuah pemerintahan kena tawan tempat itu.. Maknanya samada dengan perang atau dengan jalan rundingan sehingga mereka bersetuju untuk berada di bawah pemerintahan islam.. Itu kaedah politik zaman dulu..
Zaman lani politik dah bertukar.. Dari kaedah lama kepada cara baru iaitu dengan keputusan pungutan suara ramai..
Sepatutnya.. Orang islam yang terlibat dalam politik demokrasi hari ini lebih faham bagaimana pentingnya suara ramai.. Sebab itu tidak boleh bermusuh dengan sesiapa sekali pun.. Jauh sekali nak pulau memulau.. Kafir mengkafir.. Maki hamun dan seumpamanya.. Kerana kesannya akan menyebabkan suara ramai itu gagal untuk didapati..
Pada hemat ana.. Jika seorang muslim itu meletakkan kaedah dan seni dakwah yang ada di dalam islam.. Nescaya ruang yang ada di dalam politik demokrasi hari ini lebih luas berbanding dengan politik cara perang zaman dulu..
Jika kita berpolitik semata² untuk mengangkat syiar islam.. Ianya sangat mudah.. Kita boleh berkunjung ke mana sahaja yang kita mahu.. Dengan kemudahan teknologi hari ini juga.. Lagilah cepat dan pantas untuk kita bergerak dan sebarkan fahaman islam..
Tapi..
Kenapa ada di kalangan orang bukan islam takut dengan kita..?
Sebabnya ada pada diri kita.. Antaranya sebab perkauman melampau dan cara memahami agama dari kaca teropong yang gelap lagi sesat..
Itulah penyebab utama kenapa orang bukan islam lari dari dakwah kita..
Dan yang paling “jahalah” ada di kalangan kita yang berbangga boleh mengutuk dan membuatkan mereka jauh dari kita.. Kononnya mereka adalah kafir harbi yang akan membunuh dan menghalau kita bila berkuasa nanti..
Sungguh dangkal dan pendek pemikiran kita.. Sedangkan umat islam di negara maju seperti United Kingdom.. Sweden.. Norway.. Dan lain² sudah jauh meninggalkan kita dari sudut dakwah.. Sehingga setiap hari dan bulan orang bukan islam di sana menerima islam..
Habis.. Bagaimana dengan kita..?