Via WhatsApp
1. Ada orang kata Muhyiddin akan lepas jawatan PM utk jadi TPM dan menerima Anwar sbg PM. Ia tidak akan berlaku bahkan Muhyiddin akan terus berusaha menguatkan kedudukannya.
2. PN yg rapuh ikatannya mungkin akan berkubur sebelum tiba masa PRU-15. Ia akan dijatuhkan oleh UMNO. Jika pun Muhyiddin berkorban dgn melepaskan Najib dan Zahid, UMNO akan tetap tolak Muhyiddin dan Azmin.
3. Jika PN kekal sehingga PRU-15, Bersatu Muhyiddin dan Kartel Azmin akan kalah teruk pada PRU-15 kerana tiada sokongan asas yg kuat.
4. Berebut kerusi dan sabotaj sama sendiri dlm PN akan menyebabkan pertandingan banyak penjuru pada PRU-15. Advantage utk PH.
5. DAP akan memonopoli kawasan Parlimen bukan Melayu (Cina dan India) dan sukar PN atau BN/MN memenangi PRU-15 tanpa sokongan Cina-India.
6. Di kawasan campuran dgn undi solid Cina-India, PH akan membolotnya biar pun mendapat undi kecil Melayu sekitar 15% hingga 20%.
7. Bagaimana kedudukan Mahathir? Jika bertanding tanpa parti pasti bungkus. Jika tubuhkan parti baru Melayu, undi Melayu lagi berpecah. Yang untung PH. Sebab itu Mahathir perlu kekal dlm PH biar pun bukan untuk jadi PM. Ia baik utk Mahathir dan PH juga.
8. Pengundi baru iaitu anak muda berumur 18 tahun ke atas akan pilih PH kerana tahun 2020 ke atas adalah tahun2 sukar utk mereka. Keadaan ekonomi yg lemah, kesukaran mendapat pekerjaan, hilang kerja dan kesukaran hidup adalah cerita ngeri untuk PN. Bukan anak muda sahaja akan tolak PN, rakyat umum juga akan berbuat demikian.
9. Rumusannya, PN bukan kerajaan popular sekarang ini. Ia berkuasa pada masa yg salah dgn keadaan serba sukar. Sangat sukar untuk menjayakan agenda2 pemulihan ekonomi dll. Dengan PM yg lemah, Menteri2 yg tidak berwibawa, tiada integriti, korup serta kewangan negara yg lemah, PRU-15 adalah sebuah gaung yang akan menghumban PN ke dalamnya.