Ipohmali
Malam semalam tonton Awani.. Satu kajian dan tinjauan dibuat diantara Negara Malaysia,Indonesia, Thailand dan beberapa negara lain pada bulan Mei dan Jun..Samaada Rakyat sudah bersedia jika sesi persekolahan dibuka segera, Atau perlu menunggu Sebulan..
Bila kajian dibuat..Semua Negara Asian lain termasuk Thailand dan Indonesia majoriti rakyatnya bersedia sekolah segera dibuka walaupun esok.. Tapi Malaysia mencapai keputusan pelik..Mereka mahu menunggu sebulan dalam kedua bulan tersebut.. tak sampai 30% ada ketika hanya 18% bersedia..
Apa maknanya.. Itulah gambaran Rakyat kita.. biarpun bukan semua..mereka selesa duduk dirumah.. Kalau ditanya kepada depa.. terutama kakitangan Kerajaan..Kalau sampai hujung tahun kerja dari rumah pun depa sanggup… Sebab gaji jalan…Kalau tak percaya boleh lihat reaksi komen dari kelompok yg selesa ini..
Sebagai contoh, aku sendiri dengar rungutan orang ramai dalam tempoh PKPB.. walaupun banyak Pejabat Kerajaan dah dibuka.. Banyak urusan tak dapat diteruskan, Sebab masih ramai pegawai yang masih belum bertugas.. termasuk pegawai PBT..
ada kontraktor yg nak claim..ada makcik kiah nak mohon bantuan..nak sain depa tak peduli apa pun..janji gaji depa jalan.. depa bukan fikir kontraktor, makcik kiah tu anak bini depa makan ker tak..
hatta badan dan jabatan Agama.. Masjid walaupun tidak boleh Solat, sepatutnya pintunya dibuka..setidaknya untuk bantuan.. tapi tutup kunci pagar mcm tu.. depa tak ambil peduli apa pun..janji gaji jalan.. takda ker ada rasa berdosa ambil gaji tapi tak bekerja? tambahan orang Agama..
Kalau yer pun kerja dari rumah.. ada jalan untuk hubungi pegawai..Melalui Online ker..Whatsapp ker.. kalau bercuti tu..jangan harap korang nak jumpa atau hubungi depa.. nama jer kerja dari rumah.. tu pun kelompok ni, kalau tanya depa..Moratorium pun depa nak sambung sampai setahun..
Walaupun bukan semua kakitangan awam..Pegawai mcm tu..dari Kajian Awani semalam..ada kebenaranya.. memang rakyat kita sikapnya mcm tu..Tu sebab banyak sektor pekerjaan..Perniagaan dikuasai warga asing.. Kalau kata Rakyat negara kita pemalas..ramai yang sensitif.. Tapi itulah hakikatnya.. 🙂