Kredit: MSO
Presiden PRS James Masing memberi tahu yang Pas dan Bersatu tidak akan meletakan calon pada pilihan raya negeri Sarawak yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja lagi.
Menurut James Masing jaminan Pas dan Bersatu itu tidak akan letak calon dinyatakan sendiri oleh Presiden Bersatu Muhyiddin dan Presiden Pas Abdul Hadi Awang.
Kedua parti itu akan memberi sokongan penuh kepada parti dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Sekiranya perkara ini benar ia merupakan satu kemalangan terutamanya bagi Pas. Pas sudah lama bermukim di Sarawak tiba-tiba kenapa mengambil pendirian seperti itu? Kenapakah kerana GSP bersama Pas dan Bersatu dalam kerajaan PN sehinggakan Pas sanggup berdiplomasi sampai ke situ membelakangkan matlamat perjuangan.
Pas dikenali sebagai parti gerakan Islam dan dakwah, dan menjadikan pilihan raya sebagai alat sahaja untuk menyampaikan dakwah dan risalah Allah. Sekiranya dalam pilihan raya negeri nanti Pas berkompromi kerana demi jaga keutuhan kerajaan PN, jelas sekali perjuangan Pas sedang mengarah ke arah kebatilan.
Apakah Pas lebih mementingkan persahabatan dalam sebuah kerajaan daripada mempertahankan akidah ummah?
Kita harap kenyataan James Masing itu tidak memberi gambaran sebenar apa yang akan diputuskan oleh Pas berhubug pilihan raya negeri Sarawak itu. Atau pun kenyataan James Masing itu hanya sebagai provokasi atau test merket semata-matra.
Trims.