Kredit:MSO
Usaha Gabungan Penjawat Awam (G25) dan Bersih untuk mengekalkan Mohamad Arif Md Yusuf kekal sebagai Speaker Dewan Rakyat akan sia-sia walaupun gesaan itu tepat. Kerajaan PN dibawah pimpinan Muhyiddin ini yang dibentuk hasil curian tidak akan menghormati gesaan berkenaan.
Bercakap mengenai integriti dan maruah kepada Muhyiddin samalah berbisik kepada si pekak atau si tuli.
Walaupun tindakan untuk menggantikan Arif sebagai speaker dianggap sebagai membelakang kerja Arif sebagai speaker yang professional, tetapi ia tidak dilihat oleh kerajaan yang tidak bermoral.
Justeru soal moral atau pembelaan Arif sebagai speaker yang berusaha untuk membawa perubahan dan meningkatkan kualiti dewan rakyat dan dewan negara, ia akan sia-sia sahaja.
Usaha G25 itu dan Bersih yang menganjurkan kempen mempertahankan Arif daripada disingkirkan sepertilah usaha untuk memaksa kuda untuk minum air laut. Trims.