Kredit: Mohd Shazwan
Antara kegembiraan saya apabila naiknya kerajaan PN walau pun dari pintu belakang adalah dengan “terjumpa”nya semula kecerdikan segolongan masyarakat
1. Kes pemandu mabuk walau pun kian neningkat kini bukan lagi salah Menteri Agama mahu pun Menteri Kewangan. Ianya adalah salah pemandu tersebut kerana tidak menempah e-hailing selepas mabuk.
2. Kes Arwah Adib bukanlah satu kes kritikal yang perlu diselesaikan kerajaan dengan segera walau pun Menteri KDN dahulu adalah Perdana Menteri sekarang dan Menteri KPKT dahulu adalah sama dengan sekarang. Profile picture Arwah Adib juga dilihat telah diturunkan dan diganti dengan gambar kucing.
3. Penjualan arak kini bukanlah haram secara mutlak di seluruh negara tetapi dibolehkan kepada masyarakat bukan Islam menurut Menteri Undang-Undang dari parti PAS.
4. Hudud bukanlah lagi sebuah syariat yang wajib dilaksanakan tanpa penangguhan dan parti MCA dan MIC yang anti hudud kini merupakan rakan taawun penting dalam membina sebuah negara berbilang bangsa.
5. Dong Zhong dan UEC adalah salah satu komponen sistem pendidikan negara. Tiada lagi bantahan dan seruan pengharaman terhadap Dong Zhong dan Sekolah Vernakular. Peguam UMNO juga telah menarik saman terhadap Sekolah Vernakular pada minggu lepas.
6. Peruntukkan jutaan ringgit untuk kolej persendirian Cina kini diterima dengan hati tenang walau pun SRITI dan SMITI tidak diketahui entah dapat atau tidak sumbangan kerajaan.
7. e-wallet atau e-tunai kini adalah mekanisma penting dalam membantu meringankan bebanan rakyat dan bukan lagi mekanisma kerajaan untuk mencuri data peribadi.
8. Tiada kata-kata nista dilemparkan kepada Menteri Agama atas penutupan masjid walau pun sudah 3 bulan. Bayangkan modal politik yang boleh dilemparkan pembangkang andai Dr. Mujahid masih lagi Menteri Agama.