Putrajaya dibayangkan semakin hampir dalam genggaman Pakatan Harapan apabila menurut sumber Presiden PKR Anwar Ibrahim memerlukan sedikit masa untuk berunding dengan Presiden Warisan Shafie Apdal bagi menentukan strategi seterusnya.
Menurut sumber, permintaan itu menyebabkan mesyuarat Majlis Presiden kelmarin mengekalkan Anwar sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.
Anwar didakwa berunding dengan pelbagai pihak bagi membolehkan mandat rakyat dikembalikan.
“DSAI berkata, dia masih berunding dan meminta sedikit masa lagi. Jadi kita tidak menolak nama beliau sebagai
calon PM.
“Datuk Seri Shafie juga masih menjadi nama yang berpotensi. Jadi kita tidak menggugurkan nama beliau juga,” kata sumber itu dipetik MD.
Jadi, katanya, Anwar dan Shafie harus terus membuat koordinasi antara satu sama lain dan menyelesaikan apa sahaja isu yang berbangkit.
“Jika Shafie ada jumlah yang mencukupi, syarat-syarat perlu dirundingkan dan juga berunding dengan Anwar.
Begitulah juga jika sebaliknya Anwar mempunyai jumlah MP yang mencukupi,” kata sumber itu.
Beliau berkata demikian ketika bercerita tentang apa yang berlaku dalam mesyuarat Majlis Presiden PH baru-baru
ini.
Majlis Presiden PH dalam kenyataannya baru-baru ini berkata, Anwar menjadi calon PM pilihan gabungan itu.
Menurut sumber kepada Malaysia Dateline, nama Anwar tidak pernah terkeluar dari senarai calon perdana menteri bagi PH namun pilihan- pilihan lain tetap terbuka.
“Kita telah bagi dateline kepada Anwar dan bekerja untuk pilihan kedua, iaitu Tun Dr Mahathir sebagai PM, namun
PKR telah menolak pilihan kedua itu,” katanya lagi.