AMANAH, DAP, Warisan dan Bersatu Tun Dr Mahathir semalam mengadakan mesyuarat khas membincangkan perkara-perkara menarik dalam agenda menjelang mesyuarat khas pra Parimen hari ini.
Mesyuarat itu diadakan di Rumah Sabah, Kuala Lumpur dan berlangsung lebih satu jam bermula jam 4 petang tadi.
Mesyuarat yang disertai oleh kesemua pemimpin utama ke empat parti kecuali Tun Dr Mahathir Mohamad di mana kumpulan beliau diketuai oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
AMANAH diwakili tiga pemimpin utamanya iaitu Haji Mohamad Sabu, naib presiden Datuk Mahfuz Omar dan Pengarah Komunikasi Khalid Abd Samad.
DAP pula diwakili olehTan Kok Wai, Lim Guan Eng, Anthony Loke dan Liew Chin Tong manakala Warisan di ketuai oleh Datuk Seri Shafei Apdal.
Timbalan Pengerusi AMANAH Selangor, Azli Yusof ketika membuat ulasan beliau berkata, “Dulu PH + TunM & Warisan.
“Sekarang PH + Blok Bebas (kembalikan mandat, tolak klekptokrasi).
“Apa masalah….” tulis beliau yang dipercayai mengulas kenapa PKR tidak menyertai mesyuarat ini.
Mesyuarat tersebut dipercayai untuk membincangkan agenda untuk mesyuarat khas pra-Parlimen hari ini yang dihadiri Tun Mahathir, Lim Guan Eng, Momahad Sabu, Anwar Ibrahim, Shafie Apdal dan wakil UPKO serta PRS yang akan diadakan di sebuah hotel di pinggir Kuala Lumpur.