Ipohmali
Hari ini sekali lagi Allah menzahirkan kebenaran dihadapan kita, Aku tidak lah bermudah mudah menuduh seseorang dengan gelaran Liberal, mahupun kelompok LGBT.. apalagi melaknat sesama Muslim.. bagi aku itu urusan peribadi seseorang..
Cumanya hari ini, Allah perlihatkan wajah sebenar yang dikata Ulama’ PAS.. Yang katanya hanya takutkan Allah,sandarannya Quran Dan Sunnah.. Apalagi mereka sering melaknat sesama muslim, suka menuduh fulan dan sifulan liberal, anti Islam mahupun melaknat mereka dengan Azab dan Neraka..
Aku masih ingat bagaimana Haji Hadi bersetuju dengan fatwa Ulama PAS Permatang Pauh, Haram hukumnya mengundi Dr Wan Azizah dalam PRK Permatang Pauh hanya dengan tuduhan kononnya Dr Wan Azizah menolak RUU355.. apalagi kata Ulama’ Kedah yang Wan Azizah boleh ditanam dijirat cina hanya kerana tidak bersetuju dengan RUU355 ciptaan Ulama’ PAS…
Dalam hidup seorang Muslim, apalagi yang dikata Ulama.. setiap tindakan mereka ada pertimbangan atau Mizan, ataupun hak Khiyar(memilih).. sebagaimana dalam memilih pemimpin atau calon suami..samaada pertimbangan memilih yang baik dan buruk, Dosa dan pahala, Syurga dan Neraka.. Hari ini taqdir Allah telah menguji mereka dia antara dua timbangan..
Mizan dan timbangan hari ini Allah taqdirkan antara Datuk Mohamad Arif Md Yusuf dan Azhar Harun yang suatu ketika mereka tuduh liberal,pendokong Siti Kasim, Anti Islam apalagi menentang Hudud.. Mahupun Mohamad Ariff yang baik Akhlaknya, terbukti ada sifat Al Qawwi dan Al Amin, dan terbukti Adil sepanjang dia menjadi Speaker Dewan Rakyat..
Jadi yang mana jadi pilihan PAS ? Akhirnya sebulat suara tanpa ada seorang yang tertinggal termasuk seorang yang dikatakan Ulama Dunia seperti Haji Hadi memilih Azhar harun.. Sebenarnya itulah wajah sebenar PAS, Penunggang agama.. Inilah gambaran kelompok Khawarij dan Ruwaibidhah.. Kalau pilihan ini datang dari Bersatu,UMNO dan PKR, hatta MCA dan MIC tidak lah kita hairankan..
Tetapi Itulah juga yang berlaku dalam PRK Tanjong Piai.. Ketika ada pilihan antara Calon Muslim yang juga pengetua Maahad Tahfiz dari Bersatu, dan calon Kafir dari MCA, Mereka berkempen dan memilih calon MCA Wee Jeck Seng.. walaupun ketika itu ada calon Berjasa, sehinggakan PAS dan Haji Hadi mengeluarkan surat rasmi sokongan kepada MCA biarpun jelas calon itu terbukti ada rekod menentang Hudud dan secara terang terangan menentang Jawi dalam kempen dia..
Jadi benarkah kata kata Ulama PAS dalam ceramah mereka sebelum ini, Haram hukumnya memilih calon Kafir, mereka yang dituduh anti Islam, mereka yang menolak Hudud..Mereka yang liberal dan melaknat mereka atas nama LGBT ? Ketika ada dua pilihan dihadapan mereka, maka lihat siapakah yang mereka pilih ?
Itulah hakikatnya.. Ulama Jahat dan kelompok PAS, Mereka bukan lah benar benar membawa ajaran Islam, mahu menegakkan Islam..mereka hanya menjadikan Islam sebagai alat(Khadam) untuk Politik mereka..sama seperti kelompok Khawarij.. Matlamat mereka hanya kuasa dan kedudukan.. hari ini Allah Zahirkan..
Kata Sheikh ramadhan Al Bhuti , Kelompok Islamiyyin ini menggunakan dalil agama, hukum Syariah sebagai alat dalam mencapai cita cita politik mereka..Berkata Sheikh said Ramadhan di dalam Khutbahnya..
يتخذون من شرائع الله وأحكامه خادماً لإيصالهم إلى مبتغياتهم السياسية المختلفة…
” Mereka ini(Kelompok Islamiyyin) menjadikan hukum dan Syariat Allah , sebagai Khadam(Alat) bagi mencapai pelbagai tujuan tujuan Politik..”
Jadi bagaimana dengan dalil ,fatwa dan Hukum yang mereka katakan dahulu.. Berkata lagi Sheikh Said Ramadhan Al Bhuti ketika memberi ingatan kepada ummat Islam akan gambaran Islamiyyin..
الحكم هو هو والدليل هو هو ولكن المصلحة السياسية هي التي اختلفت… ”
” Hukumnya tetap sama, Dan dalilnya tetap Sama.. Yang berubah adalah cita cita dan kepentingan mereka(Islamiyyin) Di Dalam Politik.. ”
Maka benarlah apa yang diperingatkan Nabi ﷺ akan kelompok Khawarij dan Ruwaibidhah, begitu peringatan dari Sheikh Said Ramadhan Al Bhuti akan kelompok Islamiyyin ini.. 🙂