Kucar-kacir dah teruk …
1. UMNO dah berpecah kepada 5 kumpulan. Terkini Ku Li pulak tengah mengasak.
2. Kumpulan Azmin Ali dikecam olih UMNO dan PAS. Jadi kucing kurap.
3. PPBM tunggu keputusan mahkamah 7hb.Ogos. TSMY atau Tun M berhak ambil alih.
4. Kes-kes Najib bertapuk-tapuk jadi perhatian dunia. Zahid dan lain-lain pun sama.
5. Jolok jawatan macam-macam pun hanya berjaya dapat 111 MP sahaja. Kerajaan rapuh macam kayu buruk.
6. Usaha nak rasuah wakil rakyat Sabah gagal. Dah dibuat report polis.
7. Perikatan Nasional belum dapat didaftar sebab semua perbincangan buntu. UMNO tolak terus dari awal lagi.
8. PAS dah tak puas hati dengan PN, nak bergerak sendiri. Tapi judi, arak, maksiat nampak nya sekarang diterima baik olih PAS.
9. Nak buat PRU15, tapi bila timbul bab pembahagian kerusi pasti gaduh besar. Geng Bersatu TSMY dan geng Azmin Ali nak bertanding kat bulan ke matahari ?
10. 28hb.Julai keputusan mahkamah salah satu kes Najib. Status MP Najib gugur.
11. Banyak lagi ….
Media tempatan dan antarabangsa tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya kenapa PM tak pernah buat sidang media sejak jadi PM.
Pelik tetapi benar. Belum pernah terjadi dalam sejarah dunia. Berani kerana benar …