ISMAILY BUNGSU
NAJIB didapati bersalah penjara 72 tahun dilaksana serentak hanya 12 tahun. Didenda rm210 juta.
selesai 7 pertuduhan semua memang Najib bersalah tapi masih banyak kes lagi dan kes 1MDB lagi hebat menggerunkan.
Kedua Zahid Hamidi lagi bala tetap masuk penjara dan tak akan terlepas dan demikian juga yb parlimen dari Sabah itu.
Jelas UMNO jatuh ditimpa tangga dan jawabnya menuju kehancuran.
UMNO pecah seribu dan satu grup yang tiada jawatan mohon parlimen dibubar dan satu grup jenis dikait rasuah asyik diam selamatkan diri.
Satu grup bukan pilihan UMNO tapi mahunya TSMY dan satu pula jenis dapat jawatan dan sekarang grup sokong Najib dan satu sebelahi TSMY. Pecah seribu.
UMNO pula anggap ia kuat dan tak mahu bergantung kepada PPBM yang lemah.
PAS pula sama mahu atur diri sendiri makna PN tak keruan akhir gaduh sesama dan ramai kembali ke PH undi tak percaya tetap HANCUR.
Demikian hakikat!
Rakyat sedar siapa benar dan impaknya rakyat tidak lagi percaya UMNO dan UMNO akan dibuang ke longkang kesan ada najis dibawa bersama.
TSMY serba salah dan AZMIN terpaksa jadi pelarian entah ke mana.
PAS tidak percaya Azmin dan PPBM juga sama lagi teruk UMNO tidak percaya langsung azmin tikam belakang Mahathir dan keinginannya ke kerusi PM hanya angan2.
Saya perhatikan teringat zaman perikatan kadazan dan melayu tak sependapat dan akhir peter lo duduki kerusi CM.
Anwar dan Mahathir tak sekepala dan DSSA tak ramai musuh tak hairan DSSA penyelamat bakal jadi pilihan duduki kerusi perdana menteri.
Tuah ayam dan tuah manusia kita sendiri punya jawaban.