KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Bossku… MALU TAK BOSSKU apabila mahkamah yang membicarakan kes ini secara telus, adil serta saksama telah menjatuhkan hukuman bahawa Najib Tun Razak @ ‘lanun Bugis’ didapati bersalah mencuri khazanah kerajaan serta wang rakyat???
Sekarang Najib Tun Razak @ ‘lanun Bugis’ tak boleh lagi nak ‘loyar buruk’ serta menafikan bahawa dia tidak bersalah!!!
Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana perjuangan rakyat akhirnya kebenaran telah tampil!!
Dalam kes lawan salahlaku Najib Tun Razak @ ‘lanun Bugis’ di dalam isu berkaitan syarikat 1MDB; saya telah dianiayai dalam pelbagai segi.
Dalam kes 1MDB ini juga saya telah ditangkap dan ditahan oleh PDRM di bawah akta SOSMA serta merengkok dalam lokap selama dua minggu!!!
Kemudian saya pula dihantar ke penjara Sg Buloh selama dua bulan tanpa bicara!!!
Najib Tun Razak @ ‘lanun Bugis’ bernasib baik dibandingkan saya kerana diberi hak perbicaraan secara seadil-adilnya!!!
Cuma dalam dunia ini sukar untuk kita nak ‘menegakkan benang basah’ pada setiap waktu!!!
Bagaimana pintar kita menipu sekali pun; akhirnya Allah SWT tetap tunjukkan kebenarannya!!!
Dalam ertikata yang lain juga, perjuangan saya lawan salahlaku Najib Tun razak telah menyebabkan kehilangan segalanya.
Namun, saya tidak pernah berdendam dan senantiasa berdoa agar Najib Tun Razak @ ‘lanun Bugis’ akan terus insaf di atas segala kesalahannya pada bangsa, agama serta negara.
Pada hari ini saya amat bersyukur kerana Allah SWT telah menunjukkan kebenaran di atas segala perjuangan rakyat melawan rejim kleptokrasi pada suatu masa dahulu.
Kini, keseluruhan rakyat Malaysia dapat melihat kesahihan wadah perjuangan kami melawan rejim kleptokrasi!!!
Sebab itu saya selalu nyatakan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah menipu dalam mana-mana perjuangan untuk menegakkan kebenaran!!!
Cuma Muhyiddin Yassin saja yang sanggup buat ‘pusingan U’ untuk bekerjasama dengan rejim kleptokrasi demi untuk mencapai cita-cita rakusnya ke arah menjawat jawatan Perdana Menteri!!!
Tun Dr Mahathir Mohamad tetap konsisten lawan pemimpin-pemimpin kleptokrasi walau pun sampai hilang jawatan atau pangkat beliau!!!
Inilah kekuatan iman serta kemantapan wadah perjuangan mulia Tun Dr Mahathir Mohamad lawan kemungkaran!!!
Beliau amat konsisten dalam berpaut pada prinsip perjuangan yang kental!!!
Secara jujur dan ikhlas, saya ingin ingatkan semua penyokong-penyokong tegar Najib Tun Razak @ ‘lanun Bugis’ agar terimalah keputusan mahkamah pada hari ini dengan hati yang terbuka!!!
Selamat maju jaya dan MALU TAK BOSSKU???
BOSSKU tolong jangan cuba nak menipu rakyat lagi tau kerana ‘sepandai-pandai tupai melompat; akhirnya jatuh ke tanah jua!!!’