Kredit: Norman Radzuan
Ubat kpd ‘kebabian’ politik negara
Ada yg terkejut saya gunakan ayat ‘kebabian’…ia sekadar tanda marah saya sebagai rakyat kpd politikus yg hanya menggunakan rakyat utk kepentingan peribadi.
Jika benar ada tawar menawar dgn jutaan ringgit dan kedudukan…. dari mana dtg wang tersebut? Tentulah wang itu yg dicuri dari rakyat dan ditaburkan kpd pemimpin utk membeli maruah.
Itulah senario yg berlaku di Malaysia ketika ini. Satu2 negara yg pemimpin2 mudah dibeli macam beli barang di pasar malam. Harga paling mahal di negara ini bukan bangunan KLCC tetapi maruah ahli politik. Mereka mendapat keuntungan laba politik berpuluh juta yg merana rakyat.
Ada ahli akademik atau org politik mengatakan jalan terbaik kpd konflik politik negara adalah membubarkan Parlimen. Pandangan saya sedikit berbeza.
Sabah adalah mangsa ‘kebabian’ angkara pelacur2 politik yg bermula di Semenanjung. Jadi sampai bila jual beli maruah ahli politik ini berlaku malah semakin serius. Masyarakat kita suka melihat pemasalahan itu di hujung bukan di pangkal.
Contoh jika demam… org kita senang saja pergi klinik ambil ubat atau pergi Seven E telan panadol. Tapi punca demam itu tidak mahu dicari.
Begitulah juga suasana politik negara. Apa punca ahli politik melompat? Demi rakyat…kalau anda percaya kata2 org politik baik pergi tingkat 10 terjun bangunan.
Tentulah kerana ada tawar menawar utk membeli maruah. Hidup ‘tak bermaruah’ budaya rakyat Malaysia yg dididik oleh org politik. Rasuah membeli maruah adalah prinsip dan budaya hidup popular kita masa kini.
Dgn rakyat bagaimana pandangan org politik?… saya suka dgn ayat sinis George Orwell..’Political language is designed to make lies sound truthful and murder respectable.’
Bagi saya ubat ‘kebabian’ politik ini, sistem Westminster iaitu sistem Parlimen kerajaan demokratik dimodelkan mengikut acuan kerajaan British perlu dipinda dgn tidak menamakan individu sebagai calon parti, sebaliknya menampilkan lambang parti pada kerusi dipertandingkan.
Kita pertandingkan lambang parti, ia akan banyak selesaikan masalah. Bukan setakat boleh halang daripada runtuhnya parti tapi boleh banteras rasuah seperti disarankan Nazri Aziz.
Ingat serahkan kembali kpd mandat rakyat ( Pilihanraya semula) dan mencari calon yg bersih ( jgn mimpi lebai pun penipu ) bukan ubat mujarat ia sekadar idea kurang bijak utk jangka pendek. SPR kena buat undang2 baru dgn segera!
Jika tidak wang rakyat berbillion hilang dan amalan rasuah ini akn berleluasa. Muhyiddin kena lakukan skg demi masa depan jenerasi akn dtg. Jika tidak ‘kebabian’ ini tidak akn selesai malah semakin parah. Sabah adalah mangsa terbaru isu beli membeli maruah ahli politik.
Contoh kes antara Syafie Apdal dan Musa Aman. Kedua pendapat mereka betul tapi keduanya tidak pergi ke isu pokok. Syafie bubarkan Parlimen dan serahkan kembali mandat kpd rakyat itu betul… Musa Aman kata menyusahkan rakyat dan ketika musim Covid ini pun betul…
Kalau saya hakimnya… jika kamu berdua tidak mengamalkan saling pancing memancing dan beli membeli tidak jadi semua ini. Tunggu sahaja 5 tahun sekali. Lawan dgn isu masa itu bukan lawan dgn duit atau jawatan2…
DUN Sabah sudah terbubar… what’s next. Apa peluang Syafie dan Musa Aman. Keduanya ada peluang tetapi Syafie Apdal mempunyai kelebihan sedikit berbanding Musa Aman.
Syafie ada kelebihan atas 2 faktor utama. Apapun ia mesti didahului dgn sokongan PH. Syafie kena ambil ikhtibar dari kejadian ini, beliau kena bijak bermuafakat. Jgn sombong dgn mengenepikan kekuatan PKR, Amanah dan DAP.
Pertama Syafie ada kelebihan kerana dia mempunyai masa 60 hari atas kapasiti KM utk bertemu rakyat di seluruh Sabah dgn memberi byk projek kpd kawasan2 tertentu.
Kedua Syafie boleh menggunakan perpecahan PN antara UMNO, Bersatu dan parti tempatan yg mereka menyokong Musa Aman kerana merasakan Musa Aman mampu menjadi KM… apabila kuasa tiada politikus ini akan menyusuk jalan tikus kembali mencari makanan baru.
Dua faktor utama ini saya melihat berikan kelebihan kpd Syafie. Kelebihan Musa Aman pula dia akn mendapatkan kelebihan sokongan PN dan tentulah media akn menberikan lebih publsiti kpd beliau.
Pentingnya Pilihanraya DUN Sabah ini utk menentukan nasib PN atau BN. Adakah boleh mereka bersatu dan adakah rakyat kini menyokong mereka.
Berita Muhyiddin memohon utk bersama Muafakat Nasional bagi saya satu yg akn memalukan apabila seorang PM memohon utk diterima menyertai parti lawan utk kekal menjadi PM… bab ini kita bincang isu yg lain…
Pendek je punca segala punca ini adalah bermula dari Tun, Muhyiddin dan Azmin hingga dlm tempoh 22 bulan ini tak aman politik negara… Mereka bertiga ini patut bertanggungjawab akn pemasalahan ini…. nak percaya boleh tak mahu percaya boleh… tiada paksaan dan tak salah berbeza pandangan.