Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Perak menyifatkan kenyataan bahawa Barisan Nasional (BN) di Perak akan mendapatkan kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti adalah tidak mustahil dan tidak memeranjatkan.
Timbalan Ketua DPP Perak Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata jika di Negeri Terangganu perkara tersebut boleh berlaku pada PRU tahun 2004 di mana PAS tumbang setelah diberikan mandat oleh rakyat pada PRU 10 makan ianya boleh berlaku kembali di Perak dengan melihat seperti seolah adanya perancangan-perancangan ‘sulit’ oleh BN berserta kenyataan para pimpinan BN bahawa mereka akan menang ‘besar’.
“Kami meminta agar rakyat bertenang dengan situasi yang bakal berlaku. Walaupun berlaku ‘rampasan kuasa’ awal Februari 2009 yang lalu dan BN kembali mentadbir Kerajaan Negeri banyak kajian telah dilakukan yang memberikan gambaran keyakinan rakyat kepada PR masih ada dan memungkinkan PR kembali mentadbir Kerajaan Negeri, tetapi semua itu mustahil berlaku tanpa disedari oleh rakyat sebenarnya.
Kami juga meminta agar masyarakat antarabangsa akan terus memberikan sokongan kepada siapa saja yang akan mentadbir Kerajaan Negeri terutamanya Kerajaan Negara Singapura.
“Walaupun ada kenyataan daripada kepimpinan utama Umno / BN Perak yang menyifatkan Singapura sebagai ‘rejim Yahudi Zionis Isreal’ di Asia, kami harapkan ianya adalah pandangan yang tidak bertanggungjawab dan kurang matang daripada seorang pimpinan muda yang lemah. Kami nyatakan pembangunan dan perkembangan ekonomi pelaburan asing penting bagi merancakkan persekitaran Perak masa kini.
“Kami turut tidak mahu ‘orang luar’ menentukan siapakah yang paling layak mentadbir Kerajaan Negeri dan usaha yang sama sebelum ini yang akan menjatuhkan sesebuah Kerajaan Negeri,” katanya