Penyokong Pas atau pun walaon akan lebih pening selepas ini apabila Umno mencadangkan Pas dan Bersatu guna logo dacing dalam PRU 15
Ketua Sayap Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, mencadangkan agar logo Barisan Nasional (BN) sebaik-naiknya digunakan sebagai lambang rasmi sewaktu pilihan raya umum akan datang.
Menurut beliau, cadangan itu perlu dipertimbangkan kepimpinan kanan parti yang terlibat bagi menunjukkan kesepakatan dan memastikan pertandingan satu lawan satu bagi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Kalau ada pandangan yang mengatakan lambang BN ini sudah tak relevan dan tak laku, kami di peringkat Pemuda UMNO dan Pemuda BN sudah pun sepakat menyatakan kita mahu calon calon Barisan Nasional, UMNO, MCA, MIC, dan parti komponen nak bertanding pada PRU akan datang, menggunakan lambang BN.
“Dan kalau parti parti lain termasuk Pas nak menggunakan lambang BN, kita mengalu-alukan … termasuk parti Bersatu. Bagi kita yang paling penting, persepakatan harus diadakan supaya dalam pilihan raya akan akan datang tidak berlakunya tiga penjuru,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian kepada sidang media selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Pemuda UMNO di Menara Dato Onn, di sini.
Mengulas lanjut, Asyraf berkata, Perlembagaan BN tidak perlu dipinda sekiranya parti bukan komponen bersetuju bertanding di bawah logo itu.
Apa yang penting, jelasnya, perkara itu perlu dipertimbangkan pihak berkaitan bagi menunjukkan konsep kesepakatan kepada rakyat.
Dalam pada itu, beliau berkata, Pemuda UMNO Malaysia bersetuju dengan pengumuman Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi beberapa hari lepas bahawa parti itu tidak akan sertai usaha menubuhkan Perikatan Nasional secara rasmi.
Untuk rekod, lambang BN kepada ahli Pas, terutama di Pantai Timur adalah musuh utama sejak berdekad-dekad lamanya. Jika logo BN digunakan kemungkinan Pas akan bergolak di Kelantan, Terengganu dan Kedah.