MSO
Semalam OT95 telah mengumumkan nama penuh partinya yang baru, Parti Perjuangan Tanah Air atau rengkasnya PEJUANG. Pengumuman dan nama parti itu diterima dengan pelbagai persepsi dan diterima dengan berbagai sinikal. Ada yang ketawa dan ada yang mengangkat jempol kepada OT95.
Saya melihat langkah OT95 itu dari sisi lain ia satu tindakan wajar baginya. Bahawa beliau tidak pernah give-up, kecewa dan mudah berputus asa dalam politik atau dalam usaha untuk mencapai akan yang diyakininya. Dia tetap berusaha tanpa mempedulikan apa orang bilang dan kata kepadanya.
Kehebatan tidak pernah berputus asa, kecewa dan mudah kalah dengan cacian dan sendaan itulah kelebihan yang ada kepada OT95. Kerana memiliki sifat-sifat itulah maka dia telah mencipta sejarah tersendiri buat dirinya menjadi PM dua kali.
Mengenai perangainya ini ada persamaan antara OT95 dengan Anwar Ibrahim, malahan apa dilalui Anwar lebih azab dan teruk lagi. Anwar bukan sahaja diejek, dipersenda tetapi digiring ke dalam penjara, namun bagi Anwar penjara bukan menjadi pusara buatnya.
Sifat cekal OT95 itu boleh dipelajari, tidak jadi masalah. Cuma jangan ambil sikap khianatnya kepada Anwar Ibrahim yang sampai ke sudah tidak mahu melihat Anwar jadi perdana menteri. Yang ada kepada Anwar, keikhlasan, pemaaf dan cekal boleh diambil semuanya.
Apa yang hendak saya kata di sini dan ingin memesan kepada orang-orang politik yang lebih muda daripada mereka hendaklah belajar dan meniru sifat dan sikap OT95 dan Anwar itu kalau ingin berjaya dalam politik. Jangan mudah kecewa dan putus asa dan terus diam bila sekali jatuh. Dalam perjuangan jangan jadi terlalu manja dan mengharap dipuja melangit.
Saya tujukan pesan ini khusus kepada politis muda seperti Rafizi Ramli, Nurul Izzah Anwar, Khairy Jamaluddin dan anak-anak muda yang sekutu dengan mereka termasuk juga Syed Saddiq. Mulanya waima Rafizi, Nurul Izzah mahupun Khairy bukan main lagi bersungguh dan lantang serta galak berpolitik. Tetapi selepas gagal, kecewa ataupun dikenakan tindakan, mereka semacam menarik diri. Ada yang berperangai macam merajuk, berputus asa atau pun kononnya berihat menarik nafas.
Tindakan mereka itu salah. Dalam perjuangan politik, masa “pause”nya tidak boleh panjang dan lama sebab musuh terus bergerak dan berjalan. Musuh tidak menanti kita. Perhati sahaja OT95, sebaik sahaja dia disahkan gagal untuk menguasai Bersatu dia terus tubuh parti baru tanpa mempedulikan kepada gelak dan senda orang kepadanya.
Demikian juga Anwar sebaik sahaja menjenguk keluar dari penjara terus capai mikrofon bersyarah membangkitkan gelombang.
Nah, begitulah juga Rafizi, Nurul Izzah, Shamsul Iskandar, Syed Saddiq dan lain-lain perlu bertindak selepas merasa kecewa dengan sesuatu sebelum ini. Apa yang diajar dan ditunjukkan oleh OT95 itu dan Anwar perlu diteladani. Trims.