MSO
Hubungan Pas dengan Bersatu kian rapat apabila kedua parti bersetuju untuk menjadi penaja kepada penubuhan Perikatan Nasional (PN). Perkembangan ini menyebabkan hubungan Pas dengan Umno menerusi Muafakat Nasional (MN) jadi tanda tanya.
Apa dimaklumkan Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan
parti itu akan menjadi penaja bersama dengan Bersatu seperti benar apabila tersebar satu surat yang ditandatangani Abdul Hadi Awang menyatakan kesediaan untuk Pas menjadi penaja bersama menubuhkan PN.
Pas menamakan dua pemimpin kanannya sebagai ahli jawatankuasa, (biar saya rahsiakan nama mereka dulu) kerana surat itu tidak dapat disahkan keabsahan setakat ini.
Dengan berpandukan kepada sikap Zahid Hamidi yang mengulangi Umno tidak sedia bersama dalam PN, dan berkata projek Pas dengan Bersatu itu di luar pengetahuannya, surat dan nama pemimpin dipilih Pas sebagai ahli jawatankuasa penaja itu seperti benar.
Perkembangan ini memberi gambaran seperti hubungan Umno dan Pas tidak sepadu dahulu gara-gara ada orang ketiga, Bersatu.