Sang Kelembai
Jangan rakyat dikelirukan…
RM 6.61 Billion adalah nilai tawaran. Yang hendak diketahui berapa sudah dibayar?
- Jika cadangan batalkan sahaja. Jika berani sangat… Keluarkan senarai nama projek Runding Terus ini… Termasuk Projek mini Putrajaya Kerajaan Pahang. Syarikat mana yang dapat projek nego.
- Jika ahli Parlimen pun ‘rabun’ dalam isu membezakan yang mana dibawa dalam kabinet dan mana tidak untuk kelulusan. Jangan ingat rakyat pun rabun.
- Untuk makluman ahli Yang Berhormat khas dari UMNO. Perkara perlu dibawa dalam kabinet ialah kelulusan Projek Penswastaan bukan projek kelulusan runding terus.
- Bagi projek Runding Terus, tidak ada prosedur Kewangan yang menghendaki perlu dibawa untuk kelulusan kabinet. Itu bidang kuasa Menteri Kewangan membuat keputusan ‘setuju atau tidak’.
- Maka dalam isu pendedahan projek nego atau runding terus tanpa tender ini… RM 6.61 Billion untuk 101 syarikat… Berapa syarikat itu tidak melalui sokongan Kementerian dan Menteri sendiri. Itu yang kami mahu tahu sebagai nitezen.
- Apa-apa pun, satu Jawatankuasa di Kementerian Kewangan memang wujud di MoF untuk menilai sebarang projek nego… Antara yang terlibat ialah EPU dan ICU.
- EPU dan ICU semasa Kerajaan PH di bawah bidang kuasa Menteri Ekonomi iaitu Azmin Ali.
Bagaimana dia boleh terlupa? Anda keliru dan rabun wahai ahli Yang Berhormat, pergilah berubat. Kami masih okeylah, tidak keduanya iaitu ‘rabun dan keliru’…
(Visited 2,064 times, 1 visits today)