Bekas menteri besar Datuk Osman Sapian dilihat bersama beberapa pemimpin Pejuang semasa kempen pilihan raya kecil Slim, kelmarin.
Osman dilihat bergambar sambil melaungkan “calon nombor satu” bersama-sama beberapa individu dipercayai para penyokong calon Pejuang, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.yang bertanding atas tiket bebas
Osman Sapian dilihat berkempen untuk calon Pejuang di PRK Slim
Gambar Osman, yang berkempen malam tadi dikepilkan bersama-sama pada akaun Facebook orang kuat Dr Mahathir Mohamad, Abu Bakar Yahya di bilik operasi Pejuang di Felda Trolak Selatan.
Sementara itu, Malaysiakini melaporkan Abu Bakar sebagai berkata, Osman datang untuk memberi sokongan kepada calon Bebas, Amir Khusyairi
Osman kemudiannya berkata kehadiran itu sekadar “jumpa kawan-kawan.”
Disoal adakah dia berkempen untuk Amir, Osman menjawab: “jengok-jengok.”
Dua minggu lalu, Osman menolak spekulasi bahawa akan ada Adun Johor Bersatu yang akan berpaling tadah dan menyertai Pejuang.
Katanya, berita itu sekadar “khabar angin.”
Walau bagaimanapun, seorang Adun kanan Bersatu Johor, sebelum ini, mendakwa terdapat minat yang kuat di kalangan akar umbi untuk menyertai parti baru Dr Mahathir.
Adun Kempas tiga penggal itu merupakan salah seorang pemimpin Bersatu Johor yang lantang mengkritik Menteri Besar Hasni Mohammad kerana didakwa mengetepikan parti itu setelah Umno mengambil alih teraju pemerintahan negeri.
Difahamkan peralihan kuasa berkemungkinan di Johor dari Perikatan Nasional kepada Pakatan Harapan, namun tidak menjadi kenyataan susulan amaran Sultan Johor, Sultan Ibrahim yang memberi peringatan baginda akan membubarkan DUN jika mereka terus bertelagah.