Klang : Kerajaan negeri Selangor dibawah pengurusan Exco Pendidikan Kerajaan Selangor , Dr Hjh Halimah Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor telah mengadakan program SPIES Guru seluruh negeri termasuk Sabah.
“Mulai 2012 pada fasa pertama dan fasa kedua gagasan besar kerjaan negeri Selangor dalam usaha mengehsankankan insan di Selangor Darul Ehsan”.
“Untuk mencapai matlamat tersebut sudah tentulah pendidik mesti memahami segala konsep dan falsafah disebalik gagasan tersebut”, katanya dalam perasmian SPIES Pendidik.
Jelasnya, Tasawwur yang jelas mengenai konsep pendidikan itu sendiri adalah VITAL untuk menjayakannya.
Kerajaan Selangor telah meletak dasar pendidikan sepanjang hayat sebagai skop. Bagi umat Islam dikenali sebagai falsafah minal mahdi ilal lahdi yang bermaksud daripada buaiyan hingga ke liang lahad.
Kurikulum pendidikan sepatutnya merangkumi langkah-langkah kritikal untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat.
“Ilmu dan kemahiran mesti diiringi dengan amalan praktikal dan disulami dengan ketekunan dan kejelasan matlamat sebagai penjana stamina untuk terus mempertahankan daya maju, daya juang dan daya saing”, katanya.
Dr Halimah menambah lagi, “kurikulum dan ko-kurikulum pendidikan perlu ada elemen menyuntik kemahiran sosial untuk mengupayakan diri pelajar agar
mampu berdikari dan bertindak sebagai khalifah atau wakil Allah di muka bumi”.
“Penglibatan semua pihak atau komponen sosial dalam proses mendidik sesorang insan adalah diantara faktor sukses yang kritikal”.
“Proses melatih guru atau pendidik untuk menjalankan tugas teras dalam pembangunan masyarakat dengan mendidik insan agar menjadi insan seperti yang dikehendaki oleh penciptanya teramat penting”, ujarnya.
Sehubungan itu, beliau mengucap Tahniah kepada semua peserta kerana berjaya menghasilkan kerangka pendidikan yang melibatkan 7 komponen teras.