FB Mohamed Hadi AH
Kenapa Pakatan Harapan (PH) berada dalam status koma:
- DAP dan Amanah masih bergayut dengan Tun. Husam Musa minta Amanah supaya muktamadkan pendirian melalui konvensyen khas. Tak boleh main dua kolam sebab masa itu sudah berlalu.
- “Sana tidak sini tidak” menyebabkan PH sendiri pun terawang-awang. Sudah 7 bulan Langkah Sheraton berlalu tapi bayang Konvensyen PH masih tidak kelihatan untuk jentera dan penyokong move on. Bila kali terakhir Konvensyen PH pun kita tak ingat. Siapa bertanding kerusi mana nanti pun kita tak tahu.
- Kerana sikap main dua kolam ini, PKR pun mengambil langkah solo dalam banyak perkara, di sebelah PKR pun ada punahsihat yang berkompang PKR kuat jika bersendiri. Contoh mudah PH tiada kabinet bayangan di parlimen tapi jurucakap PKR untuk kementerian-kementerian ada pula.
- PKR sendiri masih belum move on. Masih belum ada pemangku Timbalan Presiden dan pemangku Naib Presiden yang tinggal kosong. Timbalan Ketua AMK Pusat pun tak ganti. Cuma saf kepimpinan Wanita AMK Pusat je dah ganti. Selangor masih dikuasai oleh tunggul-tunggul kayu. Selaku pengundi di Selangor, bagi aku kepimpinan Amir Sari in a total mess. It’s a total failure. Terkini bagaimana dia dibodohkan oleh penjawat awam terkait isu elaun dari wang zakat untuk pegawai masjid. Surat dah keluar dulu baru JAIS bagi taklimat kat MB. Rakyat terus memerhati.
- Pendirian PH untuk PRU-15 perlu dimuktamadkan segera. Secara peribadi aku merasakan PH perlu penjenamaan semula dan tidak lagi menggunakan nama PH kerana legasi Tun yang telah merosakkan PH dari dalam. Tak perlu tukar nama pelik-pelik. Contohnya macam tukar nama Pakatan Rakyat kepada Pakatan Harapan. Mungkin kali ni cuma tukar nama jadi Pakatan Harapan Rakyat (PHR).
- PH masih koma kerana ketiga-tiga parti komponennya masih koma. Husam Musa cuma sekadar memberikan sedikit renjatan elektrik dengan harapan pesakit tersedar dari koma.
(Visited 310 times, 1 visits today)