Semuanya dibolot syarikat negara China
Ada lebih 70 projek mega yang menelan belanja lebih 700 bilion yang sedang berjalan pesat di seluruh negara.
Siapakah yang kuasai projek Melaka Gate-Way?
Siapakah yang kuasai projek-projek mega di Iskandar Puteri seperti Forest City yang menelan belanja berbilion RM ?
Siapakah yang kuasai projek pelabuhan Kuantan ?
Siapakah yang kuasai projek ECRL dengan kos puluhan bilion ?
Siapakah yang diberikan lesen pembinaan Xiamen University di Sepang yang akan menampung sehingga 10,000 mahasiswa terutamanya daripada China ?
Siapakah yang diberikan projek mendalamkan sungai di Pahang selama 40 tahun dan diambil hasilnya seumpama thorium untuk dibawa pulang ke negara mereka ?
Soalan saya lagi :
Berapa ramai puluh atau ratus ribu pelancong dan pendatang dari China yang tidak kembali pulang ?
Apa tindakan kita dengan pencerobohan oleh kapal pengintip dan kapal armada China di Laut China Selatan ?
Saya berpandangan bahawa negara Malaysia harus dikendali dengan lebih berhati-hati agar tidak dijarah sehingga hilang kedaulatannya kepada kuasa besar China.