Zola
Ada aku terbaca sehari dua lepas, depa kata kami bukan anak parti tu. Hari ni, terbaca, depa kata pula, kami anak derhaka.
Ikut pandai parti tulah nak kata lagu mana. Parti tu pun asal drpd Umno. La ni pun dah balik kpd Umno. Kalau parti tu tak mau mengaku anak Umno pun tak pa.
Kalau tanya aku, kami dua-dua bukan. Anak derhaka bukan, bukan anak parti tu pun bukan. Kami tersendiri. Kami lahir dengan ijtihad politik. Latar politik semasa mendorong kelahiran kami.
Sama mcm parti tu selingkuh dgn Umno lah. Itu ijtihad politik semasa. Jika parti tu boleh ijtihad utk bersama Umno dan Mca, kami juga boleh ijtihad tubuh parti dan bersama Pkr dan Dap.
Sefaham aku, dalam politik kepartian, tidak ada benar mutlak dan palsu mutlak. Ijtihad politik sentiasa dlm ruang mantiqah al-afw (ruang tanpa nas muktamad).
Pertimbangannga adalah maslahah (kebaikan) dan mafsadah (kerosakan). Pemain politik perlu mengambil yg baik, atau yg terbaik, atau menolak yang buruk, atau terburuk.
Sudut pandang setiap pihak pula berbeza. Parti tu nampak bersama Umno baik, kami nampak bersama Umno buruk. Macam parti tu nampak, kami bersama Dap buruk, tapi kami nampak bersama Dap baik.
Bagi parti tu, Umno baik. Bagi kami, Umno buruk. Bagi kami, Dap baik. Bagi parti tu, Dap buruk. Kamu dan kami ada sudut pandang masing-masing terhadap isu2 politik.
Namun begitu, ada titik-titik yg semua parti kena fokus kpd titik-titik itu yg ditetapkan oleh agama kita. Titik-titik itu ialah adil, ihsan, manusiawi dan mencegah kebobrokan.
Mana-mana parti tidak boleh berselingkuh dengan kezaliman, penindasan, kebinatangan dan kebobrokan. Umno telah terbukti menjadi pemilik semua sifat itu.
Selama 60 tahun parti tu mengakui kebobrokan Umno. Cuma selepas PRU 14, dan parti tu gagal beroleh kuasa, kekal sebagai pembangkang, akhirnya parti tu memilih bersama Umno.
Bagi kami, ijtihad parti itu salah. Bersama Umno bukan maslahah tetapi mafsadah. Jika ada maslahah pun, mafsadah lebih besar. Mafsadah bersama Umno lebih besar, berbanding mafsadah bersama Dap. Maslahah bersama Umno lebih kecil berbanding maslahah bersama Dap.
Kamu tak setuju dgn aku, itu kamu punya hal. Ada aku kisah?