MSO
Apabila bebudak Pas membuat gesaan agar parti itu bertanding sekurang-kurang 40 kerusi parlimen dan meminta semua kerusi parlimen di Kedah, Kelantan dan Terengganu diberikan kepada parti agama itu, ada pemimpin Umno terjungkit dengan kenyataan itu.
Lebih serius lagi ada pemimpin Umno yang merayu atau membuat kenyataan balas agar Pas tidak lancang menuntut demikian. Dua pemimpin Umno yang memberi reaksi berhubung kenyataan pemuda Pas itu, Shahidan Kassim dan Mohamad Hassan.
Ketua pemuda Umno dan ketua Wanita tidak memberi apa-apa reaksi, mungkin mereka sudah faham atau asyik main “tikus kejar kucing.. kucing lari tikus kejar balik”.
Apa yang hendak dikatakan disini sebagai pengetahuan dan pemahaman para pemimpin Umno yang amat sangat berharap Pas bekerjasama dengan mereka, mereka tidak perlu pun memberi respon dan berkokok dengan ulah pemuda Pas itu. Yang penting mereka kena faham budaya kepura-puraan parti itu.
Pemuda Pas boleh menuntut apa sahaja dan kata gajah rimau pun dalam parti mereka. Tetapi semuanya tidak akan bekas. Suara pemuda Pas zaman Hadi jadi presiden seperti suara tetuang di hujung kampung sahaja. Wooooonnn.
Macamlah bagaimana mana mereka emotif menuntut supaya kematian Adib dibela, RUU 355 mengenai Hudud dibentang ataupun kilang arak di Selangor di robohkan, tetapi suara mereka itu akhirnya hanyut ke laut dan dibawa angin lalu sahaja ditelan Langsiur begitu sahaja..
Dalam Pas yang berkuasa dan bermulut masin hanya presiden Abdul Hadi Awang. Meskipun apa-apa keputusan dan ketetapan di buat dalam muktamar atau mesyuarat, tetapi kalau Hadi tidak suka dia boleh uruskan segala itu. Hadi boleh koner kiri kanan belakang dan depan.
Sepatah kata Hadi, semuanya akan senyap tumpas. Timbalan presiden Pas Tuituman sendiri tidak boleh berbuat apa-apa, Hadi bersih dia yang telan panadol 38 butir.
Jadi kepada pemimpin Umno usah bimbang dengan bisikan pemuda Pas itu, ia tidak ke mana. Yang penting mereka kena jaga dan puja Hadi Awang secukupnya, insya-Allah semua selamat semua sihat.
Mungkin apa yang tidak diketahui Mohamad Hassan menyebabkan dia ragui Pas, yang Umno ada senjata ampuh untuk berhadapan dengan Pas, menguncinya … senjata ini hanya diketahui Najib Razak sahaja. Jadi janganlah bimbang insya-Allah kerjasama Umno – Pas berjalan lancar selagi Hadi jadi ketua lebai.
Trims.