Ipohmali
Malam tadi SPR telah umumkan keputusan rasmi yang mana Warisan hanya dapat menguasai 32 Kerusi DUN, GRS sebanyak 38 kerusi dan 3 adun bebas.. suasana malam tadi sama dengan ketika kemenangan PH malam 10 Mei 2018.. Banyak kawasan keputusan berubah saat akhir…
Bagi aku penguasaan Warisan di Sabah tetap kukuh, Dia menang hampir 50% kawasan yang dia bertanding.. sebenarnya prestasi Warisan lebih baik dari PRU 14.. Cumanya banyak kawasan yg kalah adalah akibat persempadanan semula yang pada ketika itu mengambil kira kedudukan bersatu dan STAR dalam gabungan.. jika tidak ada persempadanan semula.. Boleh Jadi warisan Boleh menang…
Cuma satu kesilapan strategi di sabah, UPKO menggunakan benderanya sendiri.. jadi sokongan pada dia tidak solid.. dari 12 Kerusi dipertandingkan, UPKO hanya menang 1..Dan satu lagi seperti disebut Dr Shafie pada awal pengumuman Calon, Warisan gagal menerima penyertaan USNO, bagi aku USNO ada watak besar seperti Pandikar Amin mulia..Sarawak dan Sabah faktor calon cukup penting , ada ketika Tokoh tertentu boleh menang atas lambang bebas..
Apa saja perubahan di Pusat, Politik disemenanjung akan buatkan Sabah bergolak..Dah pasti akan ada parti akan menuntut haknya seperti mana GPS Sarawak menuntut RM 3 Billion cukai SST dari Petronas….Abah Tebuk atap sekali lagi akan menjahanamkan Ekonomi negara, Apa setelah bagi Sarawak RM 3 Billion, Sabah pula akan tuntut RM 3 Billion untuk kekalkan Sokongan pada Muhyidin ?
Dan aku rasa malam tadi banyak kawasan yang kalah akibat perang saraf di Siaran perdana dan TV yang GRS sudah memenangi PRN sabah.. Dan banyak kawasan dan reaksi Adun Warisan yang marah SPR sengaja lambatkan siar keputusan bagi..Akibatnya ramai yang telah meninggalkan Bukit Uhud akibat permainan gerak saraf saat akhir.. Kalau tidak, Mungkin juga banyak kerusi boleh berubah saat akhir..
Sebagai contoh.. seawal jam 9 Malam, Ketika aku dapat Whatsapp disebarkan yang bahawa GRS dah menang 38 kerusi, Kita jangkakan dari 38 kerusi jam 9, Kerusi GRS boleh pergi ke 45.. tetapi kekal 38 sehingga jam 12.. maknanya baki kerusi Warisan sengaja dilambatkan keputusan untuk melakukan gerak saraf..
awalnya USNO didakwa memenangi 1 Kerusi melalui Pandikar Amin Mulia, Dan akhirnya kerusi GRS berubah dari 38 berubah menjadi 37 kerusi..Malangnya keputusan itu juga berubah lagi saat akhir..
Apa yg dihadapi Pandikar itu terjadi kepada banyak calon Warisan.. Hatta satu kerusi PKR yang menang dengan Majoriti Selesa , Tetapi keputusannya sengaja dilewatkan..? Apa tujuan keputusan ini dilambatkan ? Berita kemenangan GRS dibesarkan… Bagi aku Warisan cukup kuat di Sabah.. biarpun gabungan GRS nampak selesa.. Tetapi ancaman bagi PN dan BN sendiri..
Hari ini Kerajaan Sabah bukan berkisar soal Bersatu dan UMNO..Tetapi akan jadi konflik melibatkan parti liberal STARS dan Kristian PBS… Jadi kalau pergolakan politik di Sabah itu akan jadi seperti Ph di semenanjung.. Bila bila masa satu parti gabungan akan keluar..