Ada satu perkara yg saya begitu tertarik sepanjang pertemuan di meja sarapan pagi tadi dengan sahabat saya di Jitra pagi tadi.
Sahabat saya seorang yg sangat rapat dgn seorang tokoh kerohanian (tasawuf) di Kedah, juga seorang ulamak. Bila sebut nama Poksu Mid boleh dikatakan ramai yg kenal dan ramai yg ingin mendampingi Poksu Mid.
Siapa yg pernah jumpa dan bercakap dgn beliau, pasti akan ingin berjumpa lagi sbb tak puas, tutur katanya penuh bermadah membuat kita mesti berfikir utk faham akan maksudnya.
Teringat Tun M juga pernah dtg jumpa Poksu Mid kalau tak silap awal tahun ni tp kita tak tahu apa butir bicara mereka.
Dato Seri Anwar Ibrahim juga pernah jumpa Poksu Mid dan Poksu Mid ada sebut “Anwar akan jadi PM” tp tak disebut PM ke berapa. Tapi oleh kerana pada masa itu mmg ramai kalangan kita lihat Anwar cuma tunggu masa shj utk ganti Tun M spt dijanjikan jd apa yg diperkatakan Poksu Mid tak sgt menjadi perhatian.
Bila selepas kejatuhan PH, ramai lihat peluang Anwar agak samar.
Namun ikut sahabat saya yg rapat dgn Poksu Mid bercerita bhw Poksu Mid sentiasa ulangi sampai sekarang bahawa “Anwar jadi PM”. Poksu Mid pernah tulis satu nota dalam tulisan jawi dan diberikan kpd seorang korporat bergelar Dato dr Penang.
Nota itu bertulis “Anwar jadi PM” dan sahabat saya sendiri tgk nota tersebut tp tak sempat nak rakam gambar nota tersebut.
Mulanya sahabat saya juga sangsi dgn pernyataan berterusan Poksu Mid tentang Anwar jadi PM walau pun sebelum ini byk yg disebut Poksu Mid tak lari dari apa yg dia sebut itu berlaku.
Sahabat saya kata tgk keadaan, peluang Anwar makin sukar tapi kenapa Poksu Mid tak berubah sedikit pun pendirian dia.
Bila Anwar buat kenyataan 10 hari lepas tentang dia cukup sokongan utk jd PM, maka sahabat saya tadi makin nampak apa yg dikatakan Poksu Mid & dia ceritakan pada saya dia yakin apa yg Poksu Mid kata itu In Shaa Allah, akan berlaku. Kita berserah pd Allah.
Al Allamah Arif Billah Tok Wali Pak Su Mid (1926 – Sekarang)
Nama sebenar Pak Su Mid ialah Tuan Guru Haji Abdul Hamid dan dilahirkan di Air Hitam, Jerlun, Kedah. Menurut Pak Su Mid umur sebenar beliau sudah pun menghampiri 100 tahun. Ini kerana orang dahulu sudah biasa mendaftar lambat di Jabatan Pendaftaran. Beliau telah menuntut ilmu dari beberapa wali Allah.
Di antara guru beliau ialah :
- Syeikh Abu Bakar Palestin
- Wali Allah Syeikh Abdullah Harun – Stesen Kereta Api Lama Alor Star, Sg. Korok
- Pak Da Eil Mekah
- Tuan Guru Haji Abdullah Kecik – Pondok Langgar
Keturunan asal Pak Su berasal dari Banjar, Indonesia. Pak Su mula tinggal di Bukit Tembaga pada tahun 1965 dan beliau berkahwin pada tahun 1973. Semasa mudanya beliau bekerja dan berniaga di Pekan Rabu, Alor Setar pada siang harinya. Manakala pada sebelah malamnya beliau akan menadah ilmu bersama guru-guru beliau. Pak Su juga bersahabat baik dengan Tuan Guru Haji Abdul Aziz Pendang.
Antara kitab yang sering menjadi rujukan Pak Su Mid adalah:
1) Hilyatul Auliyak
2) Futuhat Makkiyyah Ibn Arabi
3) Khozinatul Asror
Beliau pernah berkata bahawa, beliau cuma membaca kitab-kitab yang pengarangnya seorang Wali Allah sahaja. Amalan utama Paksu Mid hanya lah Al-Qur’an & puasa setiap hari. Setiap kali diminta amalan dan nasihat, maka beliau akan berpesan supaya berdamping dengan Al-Qur’an. Sudah lebih 30 tahun beliau berpuasa sunat.
Ramai ulamak yang berpendapat menyatakan bahawa Pak Su sudah mencapai maqam Wali Allah.
Berkata Syeikh Wan Izzudin Bin Syeikh Wan Ibrahim / Pak Chu Him Pondok Gajah Mati. Ada yang berpendapat bahawa Pak Su Mid telah mencapai maqam wali Abdal. Ini berdasarkan 4 rukun Abdal iaitu salah satunya rajin berpuasa. Kalam Pak Su Mid mempunyai gaya bahasa yang tinggi dan unsur kiasan yang mendalam. Beliau suka berkias dalam percakapan.