Aku sebenarnya eager nak tahu kenapa orang tak nak Anwar jadi PM.
Put aside lah sentimen dan emosi. Aku harap ada yang mampu jawab persoalan-persoalan kat bawah ni secara matang
Bila Muhyiddin dan PN dikritik sampai #MuhyiddinOut trending, penyokong Anwar ambik kesempatan buat #AnwarIn
Waktu tu, aku nampak ada yang tulis, “PH perintah pun macam taik 22 bulan, ada hati nak jadi PM”.
Macam mana nak tahu Anwar layak atau tak? Tengok bila last Anwar dalam kabinet.
1990an, Anwar jadi Menteri Kewangan.
AsiaMoney ikhtiraf beliau sebagai Menteri Kewangan terbaik Asia. Euromoney angkat Anwar sebagai 4 Menteri Kewangan terbaik dunia.
Itu kali terakhir Anwar dalam kabinet dan beliau bukan diikhtiraf oleh Ramesh Rao, tapi oleh dunia.
Merit tinggi.
So, kenapa nak nafikan merit beliau?
“Itu tahun 90an. Tengok lah masa PH perintah. Gagal”.
Apa kaitan dengan Anwar?
22 bulan PH perintah, Anwar tiada dalam kabinet.
Kalau rasa 22 bulan PH itu gagal, Anwar tiada kaitan pun.
22 bulan, Anwar hanya menjadi MP Port Dickson. Rujuk sendiri aktiviti beliau di PD. Very impactful.
Tapi itu je lah kuasa beliau. Di PD.
Apa yang boleh seorang MP biasa nak execute? Sangat terhad.
So, secara matang, bolehlah jawab soalan ni:
1) Kalau PH gagal, kenapa Anwar pula yang dihukum?
Yang jawat jawatan tertinggi zaman itu ialah Muhyiddin, Azmin, dan beberapa pimpinan PN sekarang, kenapa Anwar yang tidak ada dalam kabinet yang terpaksa tanggung beban?
2) Kali terakhir Anwar dalam kabinet, beliau diikhtiraf sebagai Menteri Kewangan terbaik Asia.
Jadi, kenapa takut nak bagi peluang pada pemimpin yang bermerit tinggi?