Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara untuk mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Kereta yang dinaiki beliau dilihat memasuki pintu 2, Istana Negara kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.
Pihak media telah menunggu di lokasi berkenaan sejak pukul 8.00.
Difahamkan Anwar akan mempersembahkan Akuan Berkanun (SD) yang membuktikan beliau mendapat sokongan majoriti lebih 111 Ahli Parlimen dan layak dilantik sebagai Perdana Menteri ke 9
(Visited 522 times, 1 visits today)