Klang : Sempena Hari Wanita, golongan wanita di sekitar DUN Selat Klang telah diraikan oleh Dr Halimah Ali selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) disitu.
Edaran bunga ros, kad ucapan SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA SEDUNIA telah diagihkan kepada semua wanita dengan terma “Wanita Penjana Generasi Idaman”.
Katanya, Golongan wanita harus diraikan tanpa mengira kaum dan agama, kerana pengorbanan dan tanggungjawab yang digalas tidak semudah itu dilakukan oleh kaum lelaki.
“Fenomena hari ini kita lihat wanita ramai yang bekerja, selepas balik daripada pejabat mereka bertungkus lumus mengemas rumah, memasak dan mengatur anak-anak.
“Tugasan ini tidak semua dilakukan oleh kaum lelaki,ujarnya selepas mengedarkan bunga dan kad yang mengandungi empat bahasa di pasar pagi Telok Pulai.
“Tujuan empat bahasa digunakan dalam kad itu adalah bagi memastikan rakyat faham mesej yang hendak kita sampaikan,” ujarnya yang juga Dr Halimah merangkap Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Pembangunan Modal Insan
Tambahnya, semasa kita edarkan kad dan bunga kepada semua wanita yang hadir di pasar itu jelas tergambar, wajah mereka kelihatan gembira kerana diri mereka di hargai oleh ADUN dan saf pimpinan PAS di DUN ini.
“Semasa kita edarkan hadiah ini, terdapat wanita Tionghua berkata kepada saya dengan gembira penduduk disini tidak pernah menerima Hadiah sempena Hari Wanita semasa negeri Selangor di urus oleh kerajaan Barisan Nasional -UMNO.
“Tetapi apabila ADUN yang di pimpin oleh Kerajaan Selangor Pakatan Rakyat (PR), golongan wanita diraikan. Ini menunjukan rakyat bijak menilai antara pentadbiran ( PR) dan Barisan Nasional – UMNO,” tambahnya.
Selain diadakan di DUN, kerajaan negeri Selangor juga telah meraikan semua golongan wanita di SUK. Hadir sama, Datin Seri Salbiah Tunut dan saf-saf pimpinan wanita Pakatan Rakyat, katanya kepada media.