Artis Bob Lokman tekad memasuki perjuangan Islam dengan memilih PAS sebagai wadah. Bagi beliau banyak yang perlu diubah dari sistem politik negara ini.
“Sebab saya rasa ada masalah dengan sistem kehidupan. Saya nak mendidik anak saya dengan jalan Islam tetapi dia ada masalah dengan sistem persekolahan, sistem pergaulan, dan sistem masyarakat.
“Bila saya di rumah suruh dia sembahyang, di luar ada kumpulan yang suruh dia buat benda lagha. Masa saya muda dulu saya tak sedar, dan itu berlaku pada anak saya sekarang, dan sekarang sara rasa tanggungjawab pada anak.
“Tengok anak kita tidak menjadikan Allah nombor satu… dia duk ikut ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’, pada hal Allah nombor satu, takwa diutamakan tapi anak-kita tak tahu,” katanya dipetik Harakah.
Sementara melalui facebooknya Bob Lokman menyatakan
“Salam semua. Semalam 16 Rabiu’ul awal/19 feb, saya telah menyerahkan borang permohonan utk menjadi ahli PAS. InsyaALLAH kalau diterima saya akan menjadi ahli kawasan Subang. sebagai pengetahuan disini, bukanlah saya bertujuan utk mencari populariti dan juga jawatan, melainkan hanyalah untuk mejalankan tanggungjawab saya kpd ISLAM sebagai hamba ALLAH yg pernah jauh tersesat dgn urusan dunia. Kepada mereka yg mengalu-alukan, saya ucapkan terima kasih dan kpd yg merasa saya memilih jalan yg salah semoga kita sama-sama mendapatkan HIDAYAH & TAUFIQ dari ALLAH. saya hanya mencari KEIKHLASAN dalam KEBENARAN
InsyaAllah , mari kita mengenak sahabat ini dengan penuh ukhwah & Mahabbah”
– Sebarang sumbangan berita/kenyataan media/artikel/komen atau pun maklumat boleh dihantar ke: webpakatan@gmail.com.