Pro98 Reformis Malaysia merasa amat terkejut dengan berita yang tersebar mendedahkan bahawa surat rasmi Sdra Anwar Ibrahim yang ditujukan ke Istana dan diklasifikasikan sebagai ‘RAHSIA’ telah bocor dan berlegar di laman-laman sosial.
Pro98 Reformis mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan khianat ini memandangkan Istana adalah institusi tertinggi dalam Negara. Kejadian ini boleh meruntuhkan wibawa Istana dan sekaligus boleh menghakis keyakinan rakyat terhadap kemuliaan Istana.
Pro98 Reformis dengan ini menyeru setiap rakyat yang perihatin untuk bangkit membela kesucian Istana dan menuntut agar pengkhianat segera disiasat dan dikenakan tindakan sewajarnya.
Pro98 Reformis mengajak seluruh NGO, Pertubuhan juga individu tampil membuat Laporan Polis berkenaan isu ini dengan kadar segera.
Negara Kita Tanggung Jawab Kita.
Salam hormat.
Dr. Badrulamin Bahron
Pengerusi
Pro98 Reformis Malaysia.