Datuk A.Kadir Jasin.
- Pada 23 Februari Muhyiddin Mohd Yassin bawa Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan (PH).
- Muhyiddin berpakat dengan PKR feksyen Azmin, Umno, Pas dan Gabungan Parti-parti Sarawak (GPS) menubuhkan Perikatan Nasional (PN).
- Muhyiddin beritahu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dia ada majoriti dalam Dewan Rakyat.
- Pada 2 Mac Yang di-Pertuan Agong setuju angkat sumpah Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
- Wabak Covid-19 melanda. Kemudian reda. Tapi akibat pilihan raya negeri Sabah ia menular semula. Kebanyakan kes adalah di negeri itu.
- Sekarang kerajaan PN hilang kawalan ke atas politik negara. Tidak ada siapa tahu sama ia masih ada majoriti dalam Dewan Rakyat atau tidak.
- Menggunakan alasan hendak menangani Covid dan ekonomi, Muhyiddin sekali lagi bergegas ke Istana kali ini dengan cadangan mengisytiharkan darurat pula.
- Pastinya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak tertakluk menyetujui dan merestui setiap cadangan Muhyiddin dan Kabinetnya.
- Sepatutnya, siapa yang mencetuskan krisis politik ini dialah yang menyelesaikannya bukan dibebankan ke atas orang lain.
- Kita masih ada jalan yang demokratik iaitu melalui Parlimen bagi mengatasi krisis ini. Yang darurat bukan negara dan rakyat jelata. Yang darurat adalah pihak-pihak yang mabuk kuasa.
(Visited 1,674 times, 1 visits today)