WFAUZDIN NS
Siapa pernah dengar Anwar kata mahu dapatkan sokongan Najib atau Zahid? Takde kan? Tiba2 Najib menyatakan di antara tiga option yg beliau cadangkan kpd Umno, salah satunya adalah menyokong Anwar Ibrahim sebagai PM.
Kalau Anwar tidak pernah minta bantuan dari Najib, tetapi Najib perlukan Anwar untuk menjatuhkan Muhyiddin yg terlalu byk membuli Umno, apakah wajar kita salahkan Anwar?
Kenapa Tony Phua dan Hassan Karim cepat sangat melatah? Apakah kamu fikir Najib sokong Anwar kerana Najib mahu jadi PM semula? Atau, kamu fikir Anwar amat berterima kasih kpd Najib dan akan melantik Najib jadi TPM?
Jika itu yang kamu takut, ertinya kamu masih belum kenal Anwar sepenuhnya dan lebih baik bertemu dengan Anwar dan minta penjelasan darinya daripada kamu bising di luar. Kalau Anwar ini boleh menjual prinsip dengan mudah, telah lama beliau jadi PM. Sebab itu beliau tidak menyembah Mahathir setelah Mahathir khianat seperti beberapa pimpinan lain buat.