Ipohmali
Ramai silap faham.. Tak boleh ker UMNO Sokong Ds Anwar ? Sebagaimana prinsip Tok Guru, Boleh berunding dengan Individu2 UMNO…Bukan dengan UMNO.. Dengan UMNO kata TG Nik Aziz..Boleh Pergi Jahannam.. yg ambil jalan tu adalah manhaj Politik Hj Hadi..
Dalam sejarah PAS sendiri, Kuli juga bekas UMNO.. Ada perbezaan prinsip dan hala tuju Politik depa dengan PAS.. PAS ketika itu Sokong Kuli.. Prinsip itu betul.. Tahaaluf untuk duduk dalam gabungan pembangkang dan untuk dapatkan Kerajaan.. Selepas krisis S46.. Ketika itu wujud Angkatan perpaduan Ummah, Dan gagasan lain bersama DAP.. Lepas S46 keluar tak bersama PAS.. TG Nik Aziz tak bermusuhpun dengan KULI, Sampai waktu PAS lawan depa balik..
Selepas itu Muncul Parti Keadilan dalam krisis 1998… Ustaz Fadzil Noor dan pemimpin yang ada dalam Amanah hari ini yang paling awal sambut Ds Anwar..Biarpun PAS parti paling besar ketika itu, Paling kukuh sokongan melayu pada depa.. Laluan diberikan kepada Ds Anwar..
Fadzil Noor menamakan Ds Anwar sebagai PM.. Sedangkan permusuhan dan persengketaan depa dalam Politik begitu kuat.. Prinsip itu dibenarkan.. sebab Anwar bersama gabungan Pembangkang untuk jatuhkan kerajaan BN dan UMNO..Masa Anwar mula dipecat, Mat sabu masih belum dapat menerima Ds Anwar.. Tetapi Almarhum Ustaz Fadzil bina persahabatan..Bantu Tubuhkan parti keadilan…
Ketika Berlaku sekali lagi krisis dalam UMNO.. Tun Mahathir menentang Paklah, Biarpun pelbagai penghinaan Tun Mahathir, permusuhan dengan dengan PAS.. TG Guru sambut Tun Mahathir dalam jelajah jatuhkan Paklah. sedangkan Paklah tidak lah seteruk Najib atau Muhyidin..
Disinilah Tok Guru Nik Aziz menggunakan Lafaz Kalimatun Sawaa’.. Iaitu titik pertemuan dan persamaan dalam Politik..Biarpun masa tu Tun tidak mahu bersama PAS, Akhirnya PAS dapat Manfaat, PRU 2008..PAS dan PR menang 5 Negeri.. Itu orang panggil Kebijaksanaan..
Begitu jugalah Tokoh Tokoh UMNO… Bukan Hanya Kuli dan Ds Anwar.. Hatta Muhammad taib mantan MB Selangor , Zaid Ibrahim yang kontroversi dengan skandal peribadi diterima PAS.. Itu bukan baru..
Tapi Ketika mana Tok Guru Marah ? Ketika perundingan itu berlaku dalam gelap…Senyap senyap…Tanpa rakan Tahaaluf tahu.. Kata TG Nik Aziz masa tu.. Mana boleh macam tu, PAS pun tak tahu.. Pakatan pun tidak dimaklumkan..nampak tak bagaimana hormatnya TG Nik Aziz dengan Rakan Tahaaluf.. ini prinsip bekerjasama..Perlu jelas..
Ini TG Nik Aziz cukup Marah..TG Aziz kata Boneka UMNO.. TG Nik Aziz kata akan ludah muka orang tu… Itulah dilakukan Haji Hadi.. Di Berunding sejak zaman Paklah..Selepas itu bila Menang PRU 2008, Dia berunding dengan atas nama perpaduan Melayu tubuhkan Kerajaaan melayu Islam di Perak.. UMNO janjikan jawatan MB pada PAS..TG NikAziz tolak.. biarpun Mufti perak jadi orang tengah dalam perundingan..
Dan selepas itu berlaku beberapa kali rundingan dalam gelap atas nama Muzakrah dan Muqabalah.. Hatta Perundingan itu depa datangkan TG Nik Aziz ke Istana pun.. TG Nik Aziz tolak.. Tidak sesekali bersama UMNO.. Sebab apa TG Nik Aziz tahu tipudaya UMNO.. Itu sebab Tg Nik Aziz ungkapkan..Takan jatuh mukmin pada satu lubang yg sama..
Itu sebab Bila Husam kata Politik perseteruan tidak sesuai.. Tidak juga betul..ada ketika Pendirian tegas dan keras seperti Tok Guru Aziz diperlukan dalam Politik..ini libatkan prinsip..
Jadi Faham tak Prinsip Tok Guru.. Lebih Jelas macam ni.. Nak Sokong Anwar..Ok Aku pun Sokong, Ayuh MP dari GPS, UMNO, PAS, Warisan, Tun kita Sokong Ds Anwar di parlimen.. PH cukup kukuh dengan 91 Sokongan.. Tidak seperti Muhyidin.. Bagi aku inilah masanya.. dari dulu aku kata, Untuk dapatkan Kerajaan ia mesti melalui proses parlimen.. bukan dengan surat sokongan..
Ingat, Antara titah Majlis Raja Raja, yang aku Anggap sebagai titah Sultan Nazrin..Selagi ruang lingkup Perlembagaan..Semak dan Imbang itu berlaku..Ia patut dihormati.. pandangan aku..Takda masalah jatuhkan kerajaan tebuk Atap.. Dan memang wajib Muhyidin dijatuhkan… Sebenanrya Muhyidin sendiri wajar serahkan kuasa..Sebab memang dia tak mampu pimpin Negara..dan memang benar dia hilang Sokongan…
UMNO sendiri Sokong Muhyidin dan PN hanya menunggu Kes Covid-19 Berakhir.. Sebab apa, Jika dia tarik sokongan waktu ini yg daat manfaat Anwar.. Selepas wabak berjaya diatasi..Selepas tu depa tarik sokong..Mohon Bubar Parlimen.. Jadi PH perlu segera Bertindak atas kerangkap perlembagaan.. 🙂