Kebelakangan ini kita melihat ramai yang menyanjung pemuda 18 tahun dari Chechya dengan Abdoullakh Anzorov kerana memenggal kepala seorang guru di Perancis yang menghina Nabi Sebagai Syahid.. Ini satu bentuk kegagalan Ummat Islam berfikir dalam landasan yang diajar oleh Syariat…
Penghinaan Nabiﷺ memang wajib kita ummat Islam berasa marah dengannya.. Begitu juga tindakan melampau dalam mempertahankan Nabi ﷺ..Tidak pernah kejahilan sesuatu Ummat itu dihalalkan darah mereka di dalam Islam.. Ini akhirnya memberi gambaran yg salah kepada Islam..
samada yang berjuang atas nama Daulah Islam(ISIS) di Syria yang menyembelih sesama muslim.. mahupun Al-Qaeda yang melakukan pengeboman berani mati.. ataupun peristiwa keganasan yang berlaku di Pakistan yang telah membunuh seorang wanita hanya kerana difitnah menghina Quran… Itu bukan lah gambaran sebenar Islam.. Itu adalah satu bentuk kejahilan sepertimana Jahilnya mereka yang menghina Nabi ﷺ…
Dalam sejarah Islam..Banyak dari peristiwa penghinaan Nabi ﷺ, Atau sifat membenci Nabi itu akhirnya berakhir dengan mereka itu sendiri memeluk Islam.. Ia telah berlaku di Belanda..
Apakah kita lupa apa yang berlaku kepada ahli parlimen Belanda Joram van Klaveren… Dia memeluk Islam ketika mana sedang mengarang buku bagi tujuan menghina Islam dan Nabi ﷺ.. dan akhirnya menulis buku..‘Murtad: Daripada Kristian kepada Islam ketika zaman Keganasan Sekular..”…
Bukan kah Begitu juga apa yang terjadi kepada Saidina Umar, Zaman Jahiliyah, saidina Umar cukup membenci membenci Nabi ﷺ .. Lalu Allah bukakan Hidayah buatnya… Apakah kita lupa Doa Nabi kepada kelompok ini..
Diriwayatkan dari Ibnu Umar RA bahawa Rasulullahﷺ berdoa,
اللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ بِأَحَبِّ هَذَيْنِ الرَّجُلَيْنِ إِلَيْكَ بِأَبِى جَهْلٍ أَوْ بِعُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ … قَالَ وَكَانَ أَحَبَّهُمَا إِلَيْهِ عُمَرُ..
“Ya Allah, muliakanlah Islam dengan salah seorang yang lebih Engkau cintai dari kedua laki-laki ini yakni : Abu Jahal atau Umar bin Al-Khatthab.” Maka perawi mengatakan, ternyata yang lebih dicintai oleh Allah adalah Umar… “
Dalam sejarah awal Islam.. ketika Nabi datang berdakwah ke Kota Thaif.. ketika itu Nabi diperangi , Dihina dan dibaling Batu oleh kaumnya sendiri, Nabi merintih sendirian mengenangkan apa yg diperlakukan kelompok yang syirik kepada Allah..
lalu datang para malaikat penjaga gunung (مَلَكُ الْجِبَالِ )… menawarkan murka Allah kepada mereka.. agar mereka yang menyiksa dan menghina dihempapkan batu dan gunung ganang keatas mereka.. apa jawab Nabi ?
النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَلْ أَرْجُو أَنْ يُخْرِجَ اللَّهُ مِنْ أَصْلَابِهِمْ مَنْ يَعْبُدُ اللَّهَ وَحْدَهُ لَا يُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا…
Lalu Rasulullah (ﷺ ) menjawab:
“(Tidak).. namun aku berharap supaya Allah (ASW) melahirkan dari anak keturunan mereka orang yang beribadah kepada Allah semata, tidak mempersekutukan-Nya dengan apapun jua.. “
Bukan kah Akhirnya dari zuriat mereka inilah yang telah menguatkan Islam ? Bukan saja ketika dakwah..Hatta ketika Perang..Nabi melarang kita membunuh..
Itulah persoalan yg diajukan Nabi kepada Sahabat yang bernama Usamah..hatta yang dibunuh itu adalah musuh Islam dalam peperangan.. orang Kafir.. di dalam Tafsir Ibnu Katsir Surah Al Anfal.. dibawakan satu Riwayat.. satu kisah dimana Setelah musuh Islam itu Mengucap dua kalimah Syahadah.. Tentera Islam tetap membunuhnya.. Apa kata Nabi ?
maka bersabda Rasulullah ﷺ kepada Usamah..
“أَقَتَلْتَهُ بَعْدَ مَا قَالَ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ؟
” Apakah kamu membunuhnya sesudah dia mengucapkan, ‘ Tidak ada Tuhan selain Allah ?’
Berkata Usamah..
يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّمَا قَالَهَا تَعَوُّذًا…
Wahai Rasullullah , sesungguhnya dia mengucapkan nya semata-mata untuk melindungi dirinya…”
Berkata Nabi ﷺ kepada Usamah..
“هَلَّا شَقَقْتَ عَنْ قَلْبِهِ ؟
” Adakah engkau belah dada nya untuk mengetahui isi hatinya ? “
Apa yang dilakukan Abdoullakh Anzorov memenggal kepala seorang guru yang dikatakan menghina Islam itu anggaplah ianya dari sebab kejahilan dia bertindak balas atas provokasi melampau.. Kegagalannya mengawal kemarahan dan hilang pertimbangan kerana sifat cintakan Nabi ﷺ sebagaimana Ibu Bapanya yang dihina..
Bukan lah apa yang dituntut oleh Islam dan Nabi ﷺ membalas kejahatan dan penghinaan itu dengan perlakuan yang sama, apalagi lebih teruk dan ganas dari itu..Ianya berlaku kemungkinan atas sifat jahil mereka disebabkan taksub atau salah faham ajaran Islam yang sebenar..
Extremis tetap Extremis.. Khawarij tetap Khawarij..Mereka bukan Syahid..
Percayalah kemuliaan Nabiﷺ Itu tidak akan pudar walau sedikitpun atas penghinaan mereka.. Seperti kata Sheikh said ramadhan Al Bhuti, Nabi itu ibarat matahari yang sentiasa menyinar dan memancarkan cahayanya…Itu janji Allah di dalam surah Al Hijr ayat 95…
إِنَّا كَفَيْنَاكَ الْمُسْتَهْزِئِينَ
” Sesungguhnya Kami memelihara kamu daripada (kejahatan) orang-orang yang memperolok-olokkan (kamu)..”