Akhirnya (DUN) Kelantan telah meluluskan Enakmen saraan pentadbiran dan ahli-ahli dewan negeri pindaan 2020 yang menaikan gaji wakil rakyat dari RM3,000 hingga RM5,000.
Enakmen itu disokong sebulat suara daripada 45 anggota Adun Kelantan. Lapan Adun Umno juga turut menyokong sama. Inilah jasa terbesar ta’awun Adun Umno di Kelantan.
Keperluan untuk menambah gaji wakil rakyat Kelantan itu kata Mohd Amar Nate, ialah kerana mendangkan keadaan sekarang ini serta bagi menyamakan taraf gaji Adun Kelantan sama dengan taraf gaji Adun-Adun di negeri lain.
Alasan diberikan Mohd Amar yang suka sebut Nate itu dikira dikira pelik dan bingung sedikit kerana persamaan dituntut itu bukan sepatutnya. Sepatutnya Mohd Amar dan Adun Kelantan menuntut agar taraf kemajuan (infrastruktur) rakyat Kelantan disamakan dengan taraf (infrastruktur) di negeri lain seperti air bersih, kebersihan, pembangunan seperti jalan raya yang baik dan sebagainya.
Itulah patut diperjuangkan sebagai menyamakan taraf dan kedudukan bukan dari segi gaji Ahli Yang Berhormat. Tampaknya Adun Kelantan berjuang untuk menyamakan perut dan temboyok sama dengan Adun di negeri lain. Yalim lim yalim. Trims.