Mohamad Saja
Cadangan dari Mohamad Saja. Katanya dah dipersetujui oleh ramai ketua cabang. Kalau tak jadi PRU15, harus ada move nak tukar Presiden.
Bagi saya pada Pemilihan PKR 2021. Seeloknya calon Presiden ialah Rafizi Ramli dan calon ketua umum dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. PKR patut melaksanakan konsep baru dalam proses kepimpinan mereka. Jawatan Ketua Umum patut diinstitusikan.
Saya bercakap macam tu sebab saya rasa Rafizi tak akan terlibat dalam PRU15 kerana selagi Anwar sebagai presiden adalah sukar dia kembali aktif kerana buat apa dia nak aktif sekarang dengan pelbagai bala yang ada takda sapa boleh mengurus ekonomi yang sukar macam ni. Lebih baik jaga parti dan bina bagi parti jadi kuat.
Kalau aktif pun buat apa dengan Presiden yang keras kepala macam batu. Nasihat tak nak dengar. Orang cakap dalam kelambu ada pijat dia kata tak ada. Malam rasa macam kena ketit dia kata semut api jer tu.
Ketua Umum jaga negara
Presiden jaga parti. Ketua Umum jaga negara. Contoh bila Ketua Umum sibuk nak jadi PM sampai parti tak terjaga. Nak buang MB Selangor pun tak jadi, takut parti bergolak. Ni sampai YB parti lain nak masuk parti sendiri masih belum ada komen sebab sibuk nak pergi Putrajaya.
Patut ada pengurusan berbeza dalam parti. Presiden jaga MPP, Ketua Umum jaga Majlis pimpinan politik iaitu Biro Politik dinaik taraf menjadi Majlis Pimpinan Politik.
Jadi kalau Ketua Umum nak letak mantan kartel seperti Shamsul dan Xavier sebagai penasihat serta Farhash sebagai pegawai khas ia boleh berlaku dalam Majlis Pimpinan Politik tapi mereka tidak boleh berada dalam Majlis Pimpinan Parti.
Sekarang Tian Chua tali barut Azmin yang menjawat jawatan dalam kerajaan PN masih boleh masuk dalam mesyuarat MPP. Tak giler ker tu. Macam mana maklumat tak bocor.
Macam mana la nak tengok Rafizi aktif semula dalam parti sebagai calon Timbalan Presiden kalau perkara mudah macam tu Presiden tak boleh fikir. Agak-agaklah nak bersifat adil dalam parti. Jangan guris hati ahli yang lain.
Ketua Cabang perlu dari kalangan bukan berhasrat menjadi calon Dun dan Parlimen. Mereka layak menjawat Senator bila parti menang atau calon GLC kerana tanggungjawab KC kepada parti. Mereka juga akan berada dalam Majlis Daerah untuk wakili parti dan Dun wakili rakyat.
Ketua Cabang yang terpilih akan memilih Presiden parti. Eloklah parti apabila pemenang presiden hanya perlu sibuk jaga parti dan beliau adalah calon presiden yang layak bertanding dari kalangan ahli parlimen. Jika terpilih menjadi menteri hanya terhad kepada jawatan menteri kanan.
Kalau beliau belum menang jadi calon, beliau boleh dilantik jadi senator. Jadi beban kepada diri untuk menjaga rakyat menjadi lebih ringan dan perlu jaga ahli parti. Ini tidak, dia jadi PM, jadi presiden dan jaga diri sendiri. Jadi dia betul-berul nak jaga rakyat?
Calonkan diri sebagai Ketua Umum
Jika beliau berhasrat menjadi PM beliau perlu meletakkan jawatan dan mencalonkan diri sebagai Ketua Umum. Semua ketua Ranting layak mencalonkan diri sebagai calon Ketua Umum dan calon Perdana Menteri. Jika terpilih pun calon hanya sibuk dengan kempen menjadi PM kerana kebajikan parti dijaga oleh Presiden.
Begitulah sebuah parti yang dapat memisahkan antara peranan wakil mereka dalam kerajaan memerintah dan parti yang diperintah.
Adun dan Parlimen kepada semua rakyat. Bila tercalin tiada istilah wakil rakyat parti. Adun patut datang dari ketua ranting yang mencalonkan diri sebagai wakil rakyat.
Sekarang saya nampak parti macam takda tuan rumah. Kerajaan ada tapi parti macam asing kepada mandat yang diberi. Menteri besar dah macam anak jiran hanya boleh tanya khabar.
Last dia buat mak bapa dia macam agent insuran. Mak bapa kena jaga dia untuk dapat komisen. Dia buat bodoh dan tak bayar komisen adalah hak dia. Bila isu datang seperti bala sekatan air bukan kerajaan saja yang kena malah parti turut terpalit.
.