Gino Marvela
Kembali seketika…
Dalam ketidakpuasan hati antara barisan para penyokong Amanah & Keadilan ini, perlu di nyatakan bahawa telah ada caitrooper yg menyamar melaga-lagakan kepanasan hati 2 pihak penyokong ini. Dan malangnya penulis hat di katakan senior pihak PH pun hancur luluh hati termakan hasutan.
Punca masalah ini ada 3:
- Mahathir yg kecewa parti Keadilan tidak mahu mencalunkan dirinya buat kali ke 3 yg akhirnya ambil jalan bertentangan di mana dirinya adalah juga individu yg merancang mengeluarkan PPBM dari PH di tambah pengkhianat dr kem Azmin yg dapat sentuhan dari besannya Hishamuddin.
- Salah andaian kunun nak selamatkan Anwar dr Najib, hat yg di katakan menyokong Anwar dan reformasi tapi tidak mahu dgn perompak & pengkhianat (umno baru & bn) & halatuju ini yg di pegang Amanah.
- Hat masih lagi nak bawa Mahathir ke dalam PH, bukan musuh…bukan lawan pada harapan akan bersama.
Hari ini kami akan jelaskan beberapa isu tersebut. Hat yg kata proposal di tolak, tekanan hilang jawatan setelah pentadbiran bertukar, perjanjian itu dan ini macam2 lg.
Dah kami katakan, meja majlis presiden tu dah tersedia ada…tapi pimpinan kalian jarang/tak mahu guna. Buleh tanya dan bincang banyak hal, tanya secara berhadapan apakah perjumpaan Hamzah & Muhyiddin hingga ada yg menggelar perjanjian setan tu semua, kunun SD Najib menyokong maka Anwar akan di tipu dan lebih parah kepada andaian Anwar nak bagi Najib jawatan.
Akhirnya masing2 cuba berlagak nak jadi hero termasuk pemimpin itu sendiri & penyokong. Jadah apa yg hangpa buat?
Sdra Md Sabu dalam ucapannya pada tarikh 23/9/2020 menyatakan 11 ahli parlimen Amanah menyokong Anwar membentuk kerajaan selepas mendakwa dapat majoriti kukuh. Kemudian…
Pada 18/10/2020 sdra Mujahid Yusuf Rawa menulis di fb dgn tajuk “Membuang Sial Langkah Sheraton”, merayu rakan2 ahli parlimen rentas politik kepartian berganding bahu bina negara kembali waktu krisis dan mengajak umno utk bersama Anwar membentuk kerajaan.
👉 Kami tak berapa ingat tarikh awal dalam kenyataan media amanah oleh Md Sabu antara bulan 3 rasanya mengatakan beri kepercayaan pd Anwar utk berunding dgn mana2 pihak bagi ambil kembali pentadbiran ini. Jika kalian ada kenyataan media & tarikhnya, sila beri dan ruangan perenggan ini akan di edit kembali. 👈
Semua arahan, nasihat, perbincangan pimpinan kalian itu cuba sehabis baik utk berganding bahu bersama Anwar ambil alih kembali pemerintahan yg caca marba kini. Itu yg sdra Anwar itu lakukan… itu adalah agendanya!
Hari ini kenyataan siapa PM 9 di kalangan PH itu telah di nyatakan kepada Presiden PH secara kekal. Malah Salahudin Ayub dalam Parlimen sendiri kata kekal bersama Anwar & reformasinya…tetapi tidak kepada penyangak dalam nada yg buleh di jangka adalah Najib & Zahid Hamidi. Bagaimana pula hat Mahathir yg buat meeting tertutup Bersatu dgn nada suara kukuh & yakin berkata tidak suka DAP & Anwar serta bawa Bersatu keluar dr PH? Perlu utk kalian tutup mata & telinga?
Hari ini kalian nak ambil semula @ tidak?
Sdra Anwar dh mulakan dgn SD. Cirit birit di IJN, tangguh…tunggu sembuh…dapat peluang serahkan SD…tangguh panggil ahli parlimen dgn alasan covid…. Muhyiddin jumpa utk Darurat…tak dapat darurat, kenyataan demi kenyataan media dr istana, akhirnya dapat Darurat di Sabah… banyak halangannya.
Wahai Amanah, Keadilan & DAP… sdra Anwar itu berjalan sendirian dgn kapasiti dirinya sendiri cari dan kumpulkan sokongan agar kalian buleh memerintah kembali. Selain SD tersehut, usul undi tidak percaya yg dibuat 11 pemimpin Amanah & kumpuln Mahathir itu sendiri dah cuba di desakkan percepatkan usul ka belum?
Ini pun pelbagai acara ketua dewan cuba pelbagai helah. Nak pendekkan masa bersidang, sekat ahli parlimen bersidang, cuba guna provokasi dan menghalau ahli parlimen PH keluar yg kelak PH tidak cukup kuota. Itu belum lg banyak hal lain nak di buat.
Mengapa dgn siaran media Amanah dan kenyataan pimpinan itu sendiri beri sokongan, merayu kpd lawan tetapi setiap kali mula melangkah kehadapan tiba-tiba di pusing ke belakang teringat Mahathir?
Mahathir & Pejuang itu dah nyatakan mereka bukan PH. Ya benar, kami sendiri pun tidak membenci Mahathir malah rasa lebih kesian dgn dirinya yg di permainkan atas permainannya sendiri. Dia nak pi mana ? Halatujunya ke mana?
Kita hanya ada PH utk kehadapan, dalamnya ada Keadilan…Amanah…DAP!
Seharusnya kalian yg menulis ini dan termasuk pimpinan sendiri itu senyap & menasihati anak buah agar kekal dlm satu gabungan. Bukan pimpinannya sendiri turut palu gendang lawan dalam nada setuju tapi hatinya tak!
Jika Najib, Zahid & beberapa kalangan pimpinan umno cuba menyokong Anwar… itu juga yg di sentuh dalam rayuan Mujahid Yusuf Rawa pd 18/10/2020 dahulu… mengapa tidak ? Bukankah cara itu selangkah kalian kembali ke Putra Jaya ?
Dgn sokongan dr kem kleptokrasi itu, Anwar bukan nak lantik mereka dalam pentadbiran jadi menteri atau apa2 jua jawatan. Benar jika mereka sokong pun bukan utk Anwar, tapi arahnya ke PRU15 segera. Ini adalah fakta yg ada. Mereka tidak peduli pun pd PH mahupun Anwar.
Jalan yg kami nampak pun mmg ke PRU15 juga. Tetapi setidaknya jika pengambil alihan itu berlaku dgn sokongan SD @ usul tidak percaya, kalian buleh perbaiki terlebih dahulu di bahagian Judiciary & Legislative.
Najib, Zahid & ramai lg telah ada kes di mahkamah. PH juga tidak buta utk melantik sewenangnya penyangak duduk di kabinet.
Di hadapan mata, PH perlu buat perubahan selamatkan ekonomi terdahulu dan perhalusi masalah Covid. Bukn kita biarkan pentadbiran atap ni buat sewenangnya duit cukai rakyat, perbelanjaan tidak di nyatakan, pinjam loan pun di masukkan sekali sbg hasil keuntungan, guna Covid utk agenda politik, sebelum Darurat yg terbaru di perolehi kes harian lebih 1000, dah dapat darurat tiba2 turun 2 angka, selang beberapa hari naik lagi lebih 1000. Apa niiii…
Selangkah kehadapan, terkenang wajah Mahathir…pusing balik. Lepaihtu jalan lg ke hadapan, tengok balik dan patah balik. Tengok Najib & Zahid, terencat pasai depa penyangak, tengok Assmin hati marah tp dok pi tunjuk pungkok genit kepadanya, tengok Muhyiddin hati sakit.
Abihtu nak buat apa? Serang menyerang sesama sendiri asalkan hati puas? Bila nak ambil balik Putra Jaya…apakah tengok wajah Anwar ternampak Shafie Afdal?
Kita dh tempuhi Pakatan Rakyat berpecah di sebabkan agenda Trojan Horse hadi & pasukannya utk berselingkuh dgn umno dalam diam. Nik Abduh nafi akhirnya mengaku, kes 90j yg di tenggelamkan. Akhirnya hari ini agenda mereka betul2 berlaku.
Jadi nak buat apa… nak ambil kembali pentadbiran ini, atau kalian warga Melayu ini sememangnya suka berpolitik sambil tunggu wang turun dari langit? Apa jadahnya yg hampa lakukan!
Haduiii…!!!