Broga: Beberapa projek menolak tanah, meratakan tanah dibuat di Kawasan Taman Impian , Broga tanpa ada sebarang persetujuan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ). Kerja tanah itu tidak ada sebarang papan tanda pemaju atau kontraktor yang melaksanakan projek. Kesan kerja-kerja itu, jalan raya berlumpur dan pasir masuk ke longkang-longkang lalu menyekat aliran air.
Penduduk di kawasan sekitar Taman Impian marah. Mereka berdepan dengan abu dan banjir. Mereka mengatakan bahawa ini semua kerja Bekas Ketua kampung MCA yang berkuasa semasa pemeriontahan kerajaan BN lalu. Menurut penduduk ketua kampung itu mendapat banyak tanah di Broga yang diambil menjadi miliknya.
Sehubungan itu, sebagai Ahli Majlis dan penyelaras DUN, S. Arutchelvam meninjau ke kawasan terbabit dan mengenai pasti masalah penduduk.
“Saya pergi ke sana mendengar keluhan rakyat. Saya kemudian memberhentikan kerja kontraktor dan meminta mereka mendapat kelulusan terlebih dahulu. Pihak kejuruteraan MPKJ juga sudah melawat tempat tersebut. Saya meminta sebagai langkah serta-merta longkang dan jalan itu mesti dibersihkan dan dipulihkan,” katanya dalam sessi lawatan ke kawasan yang diratakan.
Beliau akan memastikan projek tersebut tidak akan diteruskan selagi tidak mendapat persetujuan dari MPKJ.
– Sebarang sumbangan berita / kenyataan media / artikel / komen atau pun maklumat boleh dihantar ke: webpakatan@gmail.com.