Makcik Kiah bekerja sebagai cleaner yang bergaji RM 1,000. Ketika pandemik Covid-19, syarikat telah kurangkan gaji makcik Kiah sebanyak 20%, tinggal lah gaji makcik Kiah RM 800.
Maka makcik Kiah pun pergi ke KWSP untuk memohon i-Sinar. Tetapi tidak layak kerana 20% bukan 30%.
Lain pula cerita Budin. Budin bekerja sebagai jurutera yang bergaji RM 10,000 dan dikurangkan gaji 30% kerana pandemik Covid-19. Maka gaji Budin hanya berbaki RM 7,000. Tetapi Budin lulus i-Sinar.
Budin tersenyum dan makcik Kiah hanya mampu makan Super Ring dan menonton Buletin TV3.
(Visited 613 times, 1 visits today)