Apa khabar Yeop macam mana perkembangan di negeri Perak. Udah selesai ke belum? Bunyi lain macam pula sekarang ini. Menurut laporan Umno beri syarat ketat kepada PH (DAP) untuk bekerjasama dengan mereka, tidak boleh sertai kabinet kerajaan Perak. Umno bersedia untuk beri laluan kepada Amanah dan PKR sahaja. Mengapa begitu Yeop?
Walaupun DAP sedia menerima apa sahaja keputusan sehingga sanggup untuk tidak berada dalam kerajaan, tetapi ia bukan satu tindakan pro yang menggambarkan keikhlasan dalam berpolitik. Umno kena sedar mereka berani membuat motion di Dun Perak kerana ada jaminan oleh DAP dan PH?
Setelah DAP memberi khidmat dan tenaganya takkan dia hendak dibiorkan begitu sahaja. Kalau begitu macam anjing yang setia berkhidmat dengan tuan sajalah, wookkk..woook… salak halau babi dan biawak, tetapi tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah, duk setakat bawah rumah sahaja. Takkan begitu Yeop? Kejam namenya.
Kalau macam itu tujuan untuk membawa politik baru di negara ini yang bermula di negeri Tok Sago itu tidak menjadilah nampaknya. HJempehlah. Sukalah Pas dan Bersatu. Haha… Trims.