Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Apa sebenarnya yang PAS buat dalam kerajaan PN? Apabila PAS ada dalam satu coalition, pastilah impaknya akan turut kena kepada PAS. Lebih-lebih lagi PAS nampak nak membackup saja memanjang. Persepsi terhadap PAS semakin merosot teruk di mata kalangan atas pagar dan non-PAS dalam isu-isu melibatkan kebajikan rakyat dan kecelaruan dalam isu-isu penjualan tanah ada aset.
2) PAS tidak boleh selesa hanya dengan pujian penyokong sendiri. Sepatutnya PAS kehadapan menganalisis dan scrutinize isu yang ditimbulkan kemudian beri jawapan dan solution yang professional. Bukan membackup tanpa faham asas isu hanya kerana “mempertahan kerajaan Melayu/Islam”.
3) PAS juga tidak boleh rasa selesa dengan slogan ‘asalkan bukan DAP’,’ UMNO gila kuasa’, ‘jangan khianat kerjaan PN’ etc. Sebenarnya orang luar sedang nampak PAS tidak kompeten untuk menangani isu. Orang sendiri sampai ke sudah duk membackup dan memuji.
4) Bahkan apa yang dikatakan kejayaan menteri-menteri daripada PAS pun sebenarnya tidak solid. Bukan kerja menteri daripada PAS sahaja. Contohnya kejayaan menaikkan harga sawit, ia bukan kerja bijak Menteri Sawit daripada PAS semata. Ia juga kerja yang berterusan daripada menteri UMNO DS Hishamuddin yang berjaya convince negara-negara pengimport sawit terbesar kita.
5) Orang PAS asyik claim secara berterusan akan kehebatan menteri PAS, akan menyebabkan orang UMNO akan menyampah. Sikit lagi kalau betul-betul gaduh antara PAS dan UMNO, yakinlah menteri PAS akan dichop sebagai claim kerja orang. Orang lain buat kerja, PAS yang claim.
6) Isu TH Plantation jual aset, KWSP jual aset etc, tidak langsung diulas dan disentuh oleh pemimpin PAS, seolah-olah PAS berkompromi dengan ‘skandal’ (jika ia skandal). Saya tak nampak PAS berkompromi dengan ‘skandal’ yang dibisingkan, tetapi sebenarnya PAS tak tahu menahu secara mendalam akan isu yang dimainkan. PAS dilihat sebagai leka dengan ‘keselesaan’ kuasa.
7) Para penyokong PAS boleh terus menyokong PAS, tetapi sangat perlu menjentik kelekaan ini. Jangan biar pemimpin berkhayal dengan pujian daripada penyokong. Bukalah mata kepada kritikan musuh. Jangan semuanya dianggap sampah dan fitnah. Dengan kuasa yang ada, anda boleh akses maklumat untuk kenalpasti keabsahan kritikan.
8 )aya pernah sebut, PAS kehilangan sentuhan strategist. Para strategist (saya tak tahu siapa) mungkin sudah lebihkan masa mengurus benda lain seperti GLC atau jawatan dalam kementerian. Kerja menganalisa isu untuk membentuk satu stand parti terhadap isu tersebut seakan tiada. Sebab itu PAS hanya boleh come out dengan sindiran, pusing-pusing dan hikayat-hikayat.
9) Lihat pendirian UMNO/BN. Betul atau salah, letak tepi dulu. Pendirian UMNO disertakan dengan sokongan-sokongan kuat daripada data, maklumat dan hasil analisa dilihat hebat oleh rakyat umum. Bukan sahaja PAS tenggelam, bahkan PH juga tak terlawan. PH seolah menumpang ‘serangan’ UMNO terhadap PN.
10) Jika PAS terus bersikap begini, PAS akan kembali ke zaman PAS dianggap kolot dan tak profesional. Orang- orang luar sudah mula bertanya, di mana professional, doktor, engineer, cerdik pandai dalak PAS yang PAS canang sebelum ini – membisu dalam isu-isu besar. Malah ada yang sudah mula anggap PAS hanya menunggang isu penyatuan ummah, tetapi layu setelah mendapat kuasa.