Oleh: Mohamad Saja
Gerakan baru seperti mana Cadangan Amanah “Grand Coalition” rasa akan ada gabungan Tun Mahathir dan Razaliegh Hamzah.
Warisan masuk Semenanjung. Pejuang masuk dalam Warisan kerana pendaftaran mustahil untuk disahkan. Puak Azmin last-last akan lompat masuk dalam geng Warisan-Pejuang. Mungkin juga Amanah pun sama. Sarawak ikut sebab Raja Brooke Taib memang geng Mahathir.
Akhirnya persoalan berapa dari PKR, DAP dan Umno yang akan lompat masuk Grand Coalition? Adakah Grand Coalition lawan PH Minus?
Terpaksa bertanding sendiri?
Cadangan: PKR mungkin sudah boleh berfikir bertanding sendirian di semua Parlimen dengan jentera Rafizi siap sedia untuk berkhidmat. Kerana dalam PKR masih ada tali barut Azmin. Bukan Sam dan orang tu dari geng Azmin kartel dulu? Tak kan cepat ubah kulit selepas bos bebas?
Last geng tunggu depan hospital (di Cheras lepas PRU 14) jadi orang kuat Presiden. Betul la Akmal cakap tu. Geng Grand Coalition ni tak sedar diri. Menang pakai tiket PKR. Sudah menang ikut kepala sendiri.
Umno masih berpengaruh
Umno masih kuat. Bersatu kuat sebab ubat kuat abahkau. Pas sekadar sokong teras. Atas pagar dah lompat. Dengan perangai MB, TMB dan Menteri yang ada.
Sokongan dari teras dan berlabel waluan. Yang ada akai dah mula sedar. Orang Cina sukar kembali ke BN kerana mereka rasa tertipu dengan tragedi melompat PH dan geng Azmin.
Hanya gabungan Melayu antara Pas dan Umno boleh cipta kemenangan. Kerana era pasca Covid adalah era far right movement. Semangat nasionalisme. Tapi saya tak rasa, kesatuan itu boleh berlaku di Kelantan dan Terengganu.
Setengah negeri seperti Kedah dan Pahang. Kesatuan dibuat atas dasar kuasa. Masa PRU jika agihan kerusi tak adil akan ada sabotaj.
PRK sukar move on
PKR perlu konsisten dengan perjuangan. Dan Anwar perlu dilihat tegas. Tapi dengan kalangan mantan kartel masih bergerak bebas di sekeliling Anwar. Sukar untuk PKR move ke depan.
Elok kita ikut Rafizi iaitu memasuki semula PRU selepas PRU15. Bila Anwar sudah melepaskan jawatan. Saya pun setuju dengan pandangan beliau untuk perkukuhkan parti dengan aktiviti kemasyarakatan.
Dengan perangai Anwar seperti menempias gigitan tebuan dari hinggap ke muka. Iaitu strategi selesaikan masalah yang ada di hadapan mata tanpa memikirkan kesan selepas itu. Maka PKR akan sentiasa berada dalam keadaan tidak stabil dengan muka-muka pengampu sentiasa berada di dalam pejabat presiden.
Anwar patut pandai kenal siapa kawan dan lawan. Mengenali musuh adalah salah satu syarat utama (mahaguru perang) Sun Tzu.
Jika antara musuh dan kawan kita tak dapat kenal. Maka, perjuangan sentiasa akan ada gunting dalam lipatan. Bola terserah di tangan Anwar sebenarnya.
Kegagalan usaha beliau menjadi PM bukan kerana beliau tak layak jadi PM. Tetapi, Pemimpin PH sebenarnya ada rasa takut dengan kemungkinan Anwar mudah dipengaruhi oleh puak ketiga iaitu gunting dalam lipatan.
Malah Husam Musa juga dilihat mula mengerakkan langkah politik beliau. Jika Grand Coalition dibentuk, satu pakatan baru rasanya dibuat, iaitu Anwar-Husam akan dibentuk.
Sekadar pandangan.