- Mulakan perbincangan agihan kerusi di kalangan parti komponen. Ianya tidak sukar kerana agihan ketika PRU14 sudah boleh dijadikan asas. Hanya kerusi-kerusi dari PPBM dan Warisan sahaja yang perlu diagihkan kepada tiga parti komponen Pakatan Harapan (PH).
- Pengarah Komunikasi dari ketiga-tiga parti komponen perlu mengadakan sidang media secara bersama dan berkala (setiap dua minggu atau setiap bulan) bagi menjelaskan segala isu-isu politik yang melibatkan kepentingan negara, rakyat, dan PH.
- Unit Media PH perlu ditubuhkan segera dengan peruntukan yang munasabah bagi menggerakkan dan menyebarkan ‘messagging’ kepada rakyat secara bersepadu.
- Mesyuarat Majlis Presiden PH perlu lebih fokus di dalam menentukan hala tuju dan pendekatan Pakatan Harapan. Setiap gerakan politik hendaklah diputuskan bersama di dalam Majlis Presiden secara konsensus.
- Program turun padang atau jerayawara (roadshow) oleh pemimpin ketiga-ketiga parti perlu dibuat lebih kerap dan disesuaikan dengan prosedur operasi standard (SOP) pandemik Covid-19.
Sekiranya perkara-perkara asas ini tidak dapat digerakkan dalam masa yang terdekat, saya fikir rombakan besar-besaran perlu dibuat di peringkat kepimpinan tertinggi ketiga-ketiga parti komponen PH.
Para pemimpin utama PH juga wajar diperingatkan tentang amanah kepimpinan, akauntabiliti, dan kebertanggungjawaban. Harapan dan pengorbanan para pendokong jangan dipersia-siakan.
(Visited 1,529 times, 1 visits today)