Oleh :Khaulah Azwar
Batu Caves- Gembira dalam sedih, itulah kata-kata penduduk Indian Settement di sini malam tadi. Jelas terpapar diraut wajah-wajah mereka yang berkumpul di dewan Indian Settlement sambil melihat percikan bunga api yang dimainkan oleh MIC Batu Caves tanda kejayaan mereka menggagalkan misi PR untuk menyerahkan borang 5A penduduk di sini.
Berbagai perasaan menghantui mereka apabila majlis penyerahan borang 5A oleh Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Khalid sepatutnya berlangsung dengan sempurna pagi semalam ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.
Govindaraj a/l Narayanasamy, setiausaha penduduk indian settlement berkata, “Kita semua rasa terkilan dengan apa yang berlaku. Berbagai persiapan yang telah kami lakukan untuk menyambut MB Selangor- Tan Sri Khalid, Ahli Parlimen Gombak -Azmin Ali, dan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Batu Caves-Y.B Amirruddin Shaari hari ini.
Penduduk di sini begitu gembira sekali apabila masalah Geran Tanah yang tidak mempunyai status hampir 60 tahun tidak dapat diatasi di bawah Kerajaan Umno-BN telah dapat diselesaikan di bawah pemerintahan kerajaan PR.
“Pada tahun 1954 tanah di kawasan ini di bawah Kerajaan British. Sejak 1956 TOL telah diberikan dan 1971 setiap 1 lot dikenakan bayaran sebanyak RM10.
“Pada tahun 1983 Geran diberi oleh Pejabat Tanah tetapi masih tidak mempunyai persempadanan dan terdapat pertindihan tanah setiap lot. Infrastruktur juga tidak dibuat dan sering berlaku banjir. Pada tahun 2011 kami menerima berita gembira, MB Selangor akan serahkan geran 5A tetapi terpaksa ditangguhkan ekoran provokasi yang dilakukan oleh MIC.
“ADUN kami telah ditunaikan janjinya kepada rakyat. Kami rasa bangga dengan pengurusan PR namun menjadi kehampaan pada kami apabila berlakunya kekecohan dan ketidakpuasan hati kumpulan setinggan di tepi sungai yang tidak berpuas hati waris penduduk asal bakal menerima borang 5A yang sepatutnya diserahkan oleh MB Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini.
“Bayangkanlah berita yang kami terima pada hari Jumaat malam menyatakan Majlis penyerahan ini ditangguhkan. Rata-rata warga emas di sini menangis rasa sedih dengan apa yang berlaku. Segala persiapan telah dibuat seperti tempat, makanan, bunga malai, cenderahati telah dibuat untuk menyambut kedatangan mereka. Bendera-bendera Negeri Selangor, Bendera Pakatan telah digantung sepanjang jalan di Batu Caves. Tetapi majlis tersebut tidak jadi. Kami mengalami kerugian sebanyak RM5000,” keluh Govindaraj.
Menurutnya lagi, ada di antara penduduk sanggup menggadaikan barang kemas mereka untuk menjayakan program ini. Mereka terlalu gembira apabila menerima berita MB Selangor akan datang. Hasrat impian mereka akhirnya tercapai setelah 50 tahun menanti untuk memiliki geran tanah. Tetapi semuanya hancur dan punah angkara MIC Kampung Setinggan dan MIC dari luar kampung tersebut.
Selain daripada itu, katanya, semenjak PR memerintah isteri MB dan isteri-isteri YB di negeri Selangor peringkat parlimen gombak telah menjejakkan kaki mereka ke kampung India Settlement semasa program Pekawanis. Dewan Indian settlement tidak sunyi dengan berbagai program anjuran kerajaan PR dan ADUN.
“Kami anggap bila mereka sudah menjejak kaki di sini ada sinar baru untuk masa depan kami. Berbanding semasa pemerintahan UMNO-BN dan MIC dahulu , isteri pemimimpin tidak pernah menjejakkan kaki di sini. Apatah lagi untuk berjumpa rakyat bertanya masaalah penduduk. Mereka datang apabila hendak meraih undi setiap pilihanraya.
“Ini tidak berlaku pada ADUN Batu Caves, Y.B Amirruddin yang sering bertemu dengan penduduk bertanya masalah kami. Tanpa mengira kaum dan pemahaman politik. Kami lebih nampak ketulusan PR memerintah daripada pemerintahan Kerajaan UMNO-BN,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda MIC India Settelemet Batu Caves, Vijaya Shunker berkata, “Walaupun saya daripada MIC Batu Caves, tidak sepatutnya perkara ini berlaku”.
“Saya juga rasa terkilan dengan sikap sekumpulan MIC Kampung Setinggan dan MIC di luar kawasan kampung ini yang membuat bantahan berjumpa dengan MB di SUK baru-baru ini.
“Mereka (MIC/UMNO-BN) sepatutnya bertemu dan berbincang dengan saya bertanyakan hal ini kepada saya, tetapi tidak ada perbincangan langsung apatah lagi berhubung dengan saya. Mereka telah melanggar adab-adab dan mekanisme parti.
“Selama kita duduk dalam MIC semua syarat kita ikut seperti yang ternyata dalam syarat-syarat parti MIC tetapi mengapa boleh berlaku seperti ini. Melontarkan berbagai tuduhan dan fitnah pula. Ibarat saya seperti tidak wujud langsung di Batu Caves ini,” katanya.
Sambung Vijaya, “Harapan saya semoga MB Selangor dapat meneruskan hasratnya untuk menyerahkan Borang 5A kepada penduduk disini.
“Kasihan kepada penduduk yang setelah sekian lama menanti malahan sudah ramai yang sudah meninggal dunia, masalah tanah ini tidak dapat di atasi semasa pemerintahan UMNO -BN dan MIC.
“Saya harap parti MIC tidak membuat kacau lagi dengan pentadbiran Kerajaan PR yang telah membuktikan ketulusan pentadbiran mereka dengan baik. Cukuplah pemerintahan UMNO-BN telah membuktikan kegagalalan mereka untuk atasi masaalah rakyat disini.
“Sekali lagi saya mewakili MIC penduduk disini merayu bagi pihak penduduk agar MB Selangor, Ahli Parlimen Gombak dan ADUN dapat membantu rakyat penduduk India Settlement.”
Pengerusi PeBT ZOn 14 Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Mohd Razali Yusof berkata, beliau telah mendapat informasi MIC Selangor telah membuat bantahan ke SUK untuk bertemu dengan MB Selangor sebelum majlis penyerahan geran ini diadakan. Tidak sepatutnya gangguan ini berlaku. Mereka seharusnya memberi kerjasama dengan PR untuk membantu rakyat yang duduk di tanah lot yang tidak mempunyai status sekian lamanya.
Katanya “50thn UMNO-BN, MIC memerintah mengapa mereka tidak atasi masalah rakyat dengan baik tetapi mengapa di bawah pemerintahan Kerajaan (PR) hanya 2 1/2 thn sahaja masalah ini dapat diatasi. Jadi kita rasa mereka tidak seharusnya membuat kacau dengan menggagalkan program ini”.
Percikan bunga api yang dimainkan MIC Kampung Sungai menunjukkan mereka gembira dengan kejayaan mereka menggagalkan majlis. Tetapi tidak kepada penduduk India Settlemet.
– Sebarang sumbangan berita / kenyataan media / artikel / komen atau pun maklumat boleh dihantar ke: webpakatan@gmail.com.