Dr Mujahid Yusof Rawa
- Berbagai spekulasi di kalangan rakyat memanaskan suasana politik negara di celah rakyat bergelut menjalani kehidupan dalam era pandemik.
- Kerajaan PN bawah TSMY dihantui masalah yang tiada penyelesaian sedangkan isunya melibatkan soal fundamental demokrasi berparlimen iaitu mengabsahkan kedudukan beliau dan PN sebagai sebuah kerajaan yang sah.
- Walaupun PH tidak membuat belahbagi (undian) peringkat dasar Bajet 2021, hampir setiap peringkat Jawatankuasa dibuat belah bagian termasuk bacaan ke 3 bajet keseluruhan. Memang blok pembangkang kalah dalam setiap undian tetapi perkara fundamental pengabsahan majoriti tidak pernah dicapai oleh TSMY dan kerajaan PN.
- Spekulasi kononnya blok BN Back Bencher (BNBBC) (Kelab Penyokong MP BN) akan bersama blok pembangkang dalam undian ternyata meleset hingga ke undian terakhir. Komitmen mereka membantah bajet gagal diterjemahkan dan sekaligus terbukti BN tidak serius dan konsisten dengan retorik mereka di luar dewan.
- Kegagalan TSMY membuktikan keabsahan majoriti serta krisis hubungan Bersatu dan UMNO kekal meributkan blok BN-PN. Walaupun UMNO gagal menzahirkan keretakan ini dalam undian tempoh hari ini bukan bermakna UMNO menyokong TSMY dan PN.
- Spekulasi bertiup kencang kononnya sebahagian MP UMNO telahpun menyatakan sokongan secara senyap kepada DSAI bagi mencukupkan majoriti dan sekaligus mengembalikan keabsahan majoriti kepada DSAI sebagai PM.
- AMANAH konsisten dalam menyatakan sokongan kepada DSAI dan usaha yang digerakkan atas keperluan mengambil balik hak PH yang dinafikan oleh para pembelot. Adalah sangat penting langkah DSAI berakhir dengan plot yang ditetapkan iaitu mendapat majoriti dan membentuk kerajaan yang dipercayai rakyat dan menguruskan krisis pandemik dengan lebih berkesan.
- Bagaimanakah langkah pasca bajet mampu memulihkan demokrasi dan menyembuhkan luka disebabkan para pembelot mandat? Perundangan negara dan prinsip demokrasi akan menentukan jawapannya setelah segala usaha meyakinkan di kalangan 220 MP sampai ke tahap maksima. Mari sama-sama kita doakan.
(Visited 1,829 times, 1 visits today)